Selasa, 4 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Opinion

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion

Sejambak bunga untuk gereja

Posted: 03 Feb 2014 03:00 PM PST

February 04, 2014

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

Setelah udara politik Malaysia dicemari isu perkauman dan ketegangan agama yang dicetuskan oleh pihak pelampau kaum dan agama, kini terlihat cahaya keharmonian kaum yang diserlahkan oleh sekumpulan rakyat prihatin.

Ia bagai sebuah cahaya di hujung terowong yang gelap-gelita, memberi harapan bahawa di negara yang indah ini masih ada pihak yang berfikiran rasional, yang menepati tuntutan Al-Quran, yang masih berusaha untuk mengekalkan kedamaian dan keharmonian kaum.

Ini berlaku apabila sebuah kumpulan yang berlainan agama, baru-baru ini menyerahkan buah limau mandarin, cenderahati dan sejambak bunga kepada sebuah gereja di Kajang dengan harapan hubungan antara agama dapat dipulihkan di negara ini.

Ally Hazran Hashim, 46, dan rakannya yang terdiri daripada umat Islam dan penganut bukan Islam menyerahkan barangan itu dalam perhimpunan gereja di pagi minggu lalu dalam suasana yang sangat harmonis, penuh dengan senyum dan harapan.

Jauh dari curiga dan dendam.

Pada pendapat saya, walaupun ini sebuah langkah kecil – yang tidak dirakam oleh kamera TV dan akhbar – tetapi mempunyai makna yang penting bahawa masih wujud rakyat Malaysia yang terus mahu membina keharmonian antara kaum dan agama di negara tercinta ini.

Ini usaha murni yang menepati kehendak Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad.

Malah Al-Quran menegaskan dengan jelas perlunya umat Islam sebagai umat yang adil kerana Islam adalah agama yang seimbang, seperti yang ditegaskan Allah dalam firmanNya:

"Dan demikianlah pula kami menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan manusia) dan agar Rasul (Muhamad) menjadi saksi atas perbuatan kamu." (Surah Al-Baqarah 143).

Ayat ini dengan tegas menghantar isyarat yang jelas bahawa umat Islam dituntut menjadi umat yang seimbang, adil, penyelesai masalah dan memimpin manusia ke arah kehidupan yang harmunis dan menolak sengketa.

Oleh itu, pada pendapat saya, usaha kumpulan kecil yang dipimpin oleh Ally Hazran Hashim ini menepati tuntutan Islam yang mahukan kedamaian dan keharmonian, pada ketika pihak tertentu sedang 'bermain api' perkauman dan agama yang sangat bahaya.

"Saya mempraktikkan apa yang agama ajarkan. Islam agama keamanan. Saya percaya jika sesuatu dilakukan dengan niat yang baik, ramai akan menyedarinya. Kami membina kasih sayang," katanya.

Beliau berharap usaha kecil itu akan menyedarkan umat Islam dan agama lain untuk melakukan perkara sama. "Bukan saja sebagai tanda hormat kepada gereja, tetapi di rumah ibadat lain seperti di masjid," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Pada pendapat saya, masih ramai umat Islam dan bukan Islam yang menaruh harapan untuk melihat sebuah masyarakat yang makmur, harmonis dan bertolak ansur di negara ini.

Oleh sebab itu, demonstrasi yang mengingatkan kembali rusuhan kaum Peristiwa Berdarah 13 Mei, dan perbuatan lain yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama tidak mendapat sambutan dari rakyat pelbagai kaum.

Mereka berusaha melupakan peristiwa hitam 45 tahun lalu itu.

Lebih-lebih lagi kalangan generasi baru yang sama sekali tidak ada hubungan dengan peristiwa tersebut.

Oleh itu mereka yang masih mengelus-ngelus pemikiran perkauman dan fahaman agama yang sempit dilihat benar-benar sudah ketinggalan zaman dan tentunya sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana masa kini.

Jumlah mereka beransur kecil dan terus kecil, dimamah usia dan sebagainya.

Mereka yang masih hidup akan melihat dengan penuh kecewa akan perkembangan terkini.

Sementara itu, dalam perkembangan politik selanjutnya di negara ini, iaitu menjelang Pilihan Raya Kecil Dun Kajang, kita akan melihat corak dan bentuk kempen parti politik yang akan bertanding.

Adakah kempen itu akan membangkitkan isu perkauman dan agama yang sempit?

Jika masih berlaku kempen yang menjurus kepada perkauman dan fahaman agama yang sempit, maka parti politik itu tidak wajar disokong, kerana ia merbahaya dan tidak menggambarkan aspirasi rakyat masa kini.

Dalam hal ini, saya percaya PAS/Pakatan Rakyat yang akan turut berkempen, tidak akan melayan kempen perkauman dan fahaman agama yang sempit.

Ini kerana, pertamanya, mematuhi larangan Islam terhadap sikap perkauman, dan PAS memang bukan sebuah parti perkauman.

Kedua, beberapa pemimpin PAS sendiri seperti Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Dzulkifly Ahmad, Khalid Samad, Nizar Jamaludin dan lain-lain diketahui telah membina hubungan baik dengan pihak gereja.

Mereka ini sering saja mengadakan dialog dengan pihak gereja di pelbagai tempat di negara ini untuk memberikan kefahaman Islam dan saling pengertian kepada penganut Kristian.

Usaha membina persahabatan dan saling pengertian dengan kalangan bukan Islam sudah sejak lama dilakukan oleh PAS.

Saya masih ingat, ucapan bekas presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor berkata: "Hubungan sesama umat Islam berdasarkan persaudaraan Islam, yang sama-sama menyembah Allah dan mengimani Rasul-Nya. Tetapi hubungan kita dengan kalangan bukan Islam ialah berasaskan hubungan kemanusiaan."

Ini adalah asas pengertian yang menjadi paksi PAS dalam membina hubungan dengan kalangan bukan Islam dan atas asas ini, pendukung PAS terus-menerus memberikan kefahaman Islam kepada bukan Islam.

Oleh sebab itu, saya yakin kunjungan Ally Hazran Hashim, 46, dan rakannya yang terdiri daripada kalangan umat Islam dan penganut bukan Islam serta menyerahkan buah limau Mandarin, cenderahati dan sejambak bunga kepada sebuah gereja di Kajang baru-baru ini sangat bermakna dan menyumbang kepada hubungan kemanusiaan yang sangat bererti dalam memulihkan semangat keharmonian kaum dan agama.

Saya percaya, tahun-tahun akan datang akan terus berkurangan mereka yang berfahaman perkauman dan agama yang sempit, justeru rakyat semakin terdidik dan bersikap terbuka.

Oleh itu, saya yakin, akan lebih banyak lagi interaksi antara kalangan umat Islam dengan kalangan bukan Islam.

Maka usaha murni Ally Hazran Hashim dan kawan-kawannya hendaknya berterusan dilakukan oleh pelbagai pihak.

Di sini kita boleh membina sebuah harapan, apabila melihat cahaya di hujung terowong. – Februari 4, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved