Rabu, 19 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Keluarga penumpang warga China MH370 berang, serbu auditorium sidang media

Posted: 19 Mar 2014 02:40 AM PDT

OLEH LEE SHI-IAN
March 19, 2014

Seorang ahli keluarga penumpang MH370 warga China tidak dapat menahan kesedihan semasa diwawancara media di Hotel Sama Sama Hotel. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2014.Seorang ahli keluarga penumpang MH370 warga China tidak dapat menahan kesedihan semasa diwawancara media di Hotel Sama Sama Hotel. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2014.Sekumpulan ahli keluarga warga China penumpang pesawat MH370 membuat kecoh  apabila menyerbu masuk ke dalam auditorium sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

Kumpulan tersebut menyerbu masuk ke dalam auditorium di mana sidang media harian diadakan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang dituduh menyembunyikan maklumat dan mengelirukan orang ramai bagi usaha mencari dan menyelamat.

Masuk hari ke-12, ketegangan semakin memuncak ketika ahli keluarga cuba mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini kehilangan pesawat misteri tersebut.

"Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi," kata seorang wanita warga China dalam bahasa Mandarin.

Beberapa kad rentang dalam bahasa Mandarin juga dibawa kumpulan tersebut, meminta jawapan daripada pihak berkuasa. – 19 Mac, 2014.

MENYUSUL LAGI

Bukti baru tunjuk perubahan arah diprogramkan 12 minit sebelum terputus hubungan

Posted: 19 Mar 2014 01:57 AM PDT

March 19, 2014
Latest Update: March 19, 2014 05:33 pm

Penemuan sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan. - Gambar Reuters.Penemuan sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan. - Gambar Reuters.Berikutan bukti baru dari radar tentera Thailand, penyiasat kini percaya seseorang di dalam kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memprogramkan perubahan arah pesawat sekurang-kurangnya 12 minit sebelum pembantu juruterbang memutuskan hubungan dengan pengawal trafik udara dengan memberitahu mereka, "Baiklah, selamat malam" .

Penganalisis "AC360" di CNN memberi tafsiran berbeza berkenaan makna penemuan terbarunya – sesetengah pakar memberi amaran perubahan arah berkemungkinan sebahagian daripada rancangan penerbangan yang diprogramkan terlebih dahulu jika berlaku kes kecemasan, dan petunjuk lain menunjukkan sesuatu tindakan jahat sudah diatur.

"Kita tidak tahu secara khusus bila ia dimasukkan," kata Mary Schiavo, pakar penganalisis penerbangan CNN dan bekas ketua Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat .

Wartawan New York Times, Michael Schmidt memberita CNN tempoh baru yang dirancang itu "menjadikan isu unsur jenayah kelihatan lebih ketara."

"Ini kerana, ia menunjukkan pesawat sudah pun menuju ke arah yang berbeza apabila mereka mengucapkan selamat malam."

Bagaimanapun, sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan.

Tentera Thailand menerima laluan penerbangan dan data komunikasi biasa daripada Boeing 777-200 bagi laluan 8 Mac dari Kuala Lumpur ke Beijing sehingga jam 01:22 pagi, apabila ia hilang daripada radar itu.

Enam minit kemudian, tentera Thailand mengesan isyarat yang tidak dikenali, jurucakap Tentera Udara Diraja Thai memberitahu CNN. Pesawat tidak dikenali ini, mungkin MH370 yang menuju arah bertentangan.

Bukti baru menunjukkan pesawat itu bertukar arah ke arah barat Selat Melaka yang merupakan bukti menyokong bahawa penyiasat berada di landasan betul selepas berhari-hari mencari pesawat hilang itu.

CNN berkata bukti menunjukkan pesawat tersebut sengaja diterbangkan di luar laluan ditetapkan, ke barat dan berpatah balik ke Semenanjung Malaysia dan terus ke Lautan Hindi.

Data dari Thailand adalah bukti radar kedua bahawa pesawat itu sememangnya berpatah arah ke Selat Melaka.

Ia sepadan dengan maklumat tentera udara Malaysia, radar tentera mengesan pesawat apabila ia melintasi Pulau Perak di Selat Melaka.

"Isyarat yang dihantar daripada pesawat tidak dikenali adalah tidak konsisten. Sekejap hilang, sekejap ada," kata jurucakap Tentera Udara Diraja Thailand kepada CNN. Tentera Thailand hilang isyarat pesawat berkenaan kerana keupayaan had radar tentera, katanya.

Seorang pegawai penguatkuasa undang-undang memberitahu CNN bahawa pertukaran arah pesawat ke barat diyakini diprogramkan seseorang dalam kokpit.

Ini menyokong teori awal oleh penyiasat Malaysia bahawa pesawat menyimpang daripada laluan asal secara sengaja oleh seseorang yang mempunyai ilmu berkenaan apa yang perlu dilakukan di dalam kokpit.

Tetapi para penyiasat masih tidak tahu siapa yang mengawal, atau mengapa indivdu yang mengemudi pesawat berpaling daripada destinasi asalnya.

Penyiasatan awal terhadap komputer peribadi dan e-mel juruterbang, tidak menjumpai apa-apa mencurigakan dan perbualan antara pesawat dan pengawal trafik udara juga seperti biasa.

Penemuan terbaru berkata, lokasi terakhir yang diketahui pesawat dikesan oleh satelit adalah di sepanjang dua koridor luas – utara seluruh Asia dan selatan Lautan Hindi. – 19 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved