Selasa, 4 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


It’s beyond friendship

Posted: 03 Mar 2014 08:27 PM PST

March 04, 2014

Cass Shan started off as a copywriter tasked with understanding buying behaviour. She now immerses herself in understanding buy-in behaviour.

They say a dog is a man's best friends.

I've had dogs before. And for me, we're not friends. We're more than friends.

We crossed that line with our canine counterparts a long time ago.

A recent dognapping incident made me think about the lost relationship.

Cut off from all forms of communications, how do we know what he's thinking of.

A dog is more than a pet. He's a protector, a friend and a confidante – who hears our distress through unspoken words, cares with his eyes, and soothes with that brush off his fur.

He waits patiently as we take our time to adjust to his temperament. He anticipates that walk through the gates. He welcomes the move forward and returns with equal enthusiasm.

When we express our care, it's like being pulled aside for a private moment – just us two.

Canines are sensitive to our feelings and make great guard dogs.

A simple bark and most take heed. A growl and most back away.

A bite – rare but necessary at times, sends a clear warning.

But what happens when someone misunderstands this warm creature and think of it as a cold beast? What happens when the bond of man and dog is broken, trust in disarray and fear and loathing exist in multiples?

Dognapping.

A serious crime for which one should be punished.

When one takes away a companion so important to people, break a relationship between two mutually happy beings and destroys the security a canine has for a home – that person knows not what it's like to care for another living being; lost in status symbols of the so-called superiority of man over animals.

But men are flawed, one may argue.

Flaws are to be minimised through building and motivation. Or at least that's what good leaders have preached. And I, for my part, believe what I hear.

How can one build and motivate a person whose trust in canines tethers on past misgivings and misunderstandings?

Religion and the peaceful one that is Islam, tells of the Merciful. Will he be Merciful to those who snub – or will I say hurt – a living creature through ill will, when one can choose to steer clear of taboos?

And how far do we define hurt? Feelings of lost warmth through separation from its owners or physical harm? Don't both count?

What neighbourhood do we live in if we can't speak of our differences and iron them out with free will?

What country do we live in if authorities and third parties can only stand helpless at the differences between two people? And how were we brought up if lost friendships with dogs are as common as the misgivings some people have about dog ownership?

But did I say friendship? No, dogs and us – we're not friends. We crossed that line a long time ago. – March 4, 2014.

Mengenang air hujan minumanku – A Shukur Harun

Posted: 03 Mar 2014 03:25 PM PST

March 04, 2014

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

Selama ini tidak ramai orang, khususnya di Malaysia, yang merasakan pentingnya air.

Ini kerana di negara ini, air boleh diperoleh di mana-mana dan begitu mewah sekali, berbanding dengan negara padang pasir.

Malaysia adalah antara negara tropika yang banyak hujan, malah ada musim banjir dan air melimpah hingga menenggelami rumah, seperti apa yang berlaku baru-baru ini di Kuantan, Kemaman, Dungun dan sebelah timur Johor.

Malah, di masa lalu, banjir biasanya disinonimkan dengan negeri Kelantan di mana ada pihak yang nakal mengatakan bahawa Kelantan selalu banjir disebabkan ia diperintah oleh PAS.

Tetapi kata-kata yang jahat ini tidak kedengaran lagi apabila negeri yang diperintah oleh Umno/BN seperti Johor dan Pahang juga mengalami banjir yang teruk.

Malah negeri lain yang diperintah oleh Umno/BN juga mengalami banjir. Oleh itu, andaian ini sudah tidak kedengaran lagi.

Ketika musim kemarau, sejak lebih sebulan yang melanda beberapa negeri di Semenanjung, khususnya di Selangor, orang ramai menyedari betapa pentingnya air untuk meneruskan kehidupan.

Di sana sini orang bercakap dan berteriak air, air dan air. Maka ada orang pergi ke masjid dan surau untuk mandi-manda dan berwujud.

Tetapi masjid juga terbatas takungan airnya. Ini menyebabkan tok siak masjid dan surau 'mengawasi' orang mandi manda di situ.

Seperti dikatakan, oleh kerana Malaysia mewah air, maka mereka menggunakannya semahu-mahunya.

Ada umat Islam yang berwujud di masjid seperti 'orang mandi' – menggunakan air semahu-mahunya, walaupun ada larangan bertulis di masjid dan surau, 'Jangan membazir air'.

Di mana-mana pun, termasuk menggunakan air di rumah, kebanyakan orang Malaysia begitu boros dengan air, seolah-olah air tidak berharga, lebih-lebih lagi tarif air murah di Selangor.

Disebabkan air banyak di negara ini,  sesetengah jamaah haji dan umrah di Tanah Suci mandi manda dan berwuduk begitu banyak sekali dengan menggunakan air.

Maka tidak hairanlah ada Tok Arab di sana hairan melihat orang Malaysia mengambil wujud menggunakan air begitu banyak sekali, sedangkan di Arab Saudi bekalan air terbatas.

Bagaimanapun saya pernah menyaksikan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat ketika beliau berwujud di sebuah masjid di mana beliau sangat cermat menggunakan air.

Ini adalah disiplin yang terus diamalkan oleh Tuan Guru sejak lama dulu.

Beliau hairan ketika menyaksikan orang di sebelahnya mengambil wujud dengan menggunakan air begitu banyak sekali.

Di zaman dulu, sebelum paip air sampai, orang kampung menggali perigi untuk mendapatkan sumber air dan apabila hujan mereka menyimpan air hujan itu di dalam tempayan yang diletak di tepi tangga dan di penjuru rumah.

Air hujan itu sangat jernih, justeru ia tidak bercampur dengan toksik seperti yang ada di bandar akibat asap kilang dan pelbagai pencemaran lain.

Malah saya mengingati novel 'And The Rain My Drink' atau 'Air Hujan Minumanku', karya Hansuyin, pengarang kelahiran Xinyang, Hainan, China, keturunan Eurasian, yang berhijrah ke Hong Kong dan seterusnya menetap di Switzerland dan meninggal dunia di sana beberapa tahun lalu.

Hansuyin, pernah tinggal di Malaya ketika zaman darurat 1940-1950 dan bekerja di Hospital Johor Bahru.

Novelnya, 'Air Hujan Minumanku' adalah sebahagian dari autobiografinya ketika tinggal di Malaya pada waktu itu. Novel Hansuyin itu menceritakan pengalaman getirnya di zaman tersebut sehingga air hujan menjadi minumannya.

Saya sendiri pun waktu kecil dan bersekolah di kampung, mandi dan minum daripada air tempayan yang amat dingin, sementara di sebelah petang, mandi di kolam yang jernih dekat rumah.

Kini zaman itu sudah berlalu dan tidak ada lagi kolam di sudut halaman dan tidak ada juga tempayan di pangkal tangga rumah.

Paip besi menghantar air hingga ke dalam rumah, betapa jauh sekalipun dan kini kolam air sudah ditimbus, tiada lagi yang mengingatinya.

Zaman moden melenyapkan segalanya.

Tetapi pada musim kemarau yang melanda negara sekarang di mana orang bergelut untuk mendapatkan air, tiba-tiba telaga atau kolam air diingat kembali.

Sudah ada yang terfikirkan untuk mengorek kembali telaga untuk mendapatkan air daripada bumi.

Mereka yang beriman melakukan solat hajat meminta Allah swt menurunkan hujan.

Orang ramai sedar kembali nilai air dalam kehidupan manusia dan ada pula yang berkata, "Kemarau panjang ini  mungkin kerana manusia banyak berbuat dosa." Itulah air.

Di masa lalu, ketika Nabi saw memimpin peperangan, ada sahabat –Umar Al-Khattab - mencadangkan kepadanya supaya tentera Muslimin berkubu di sebuah wadi, lembah yang mengandungi air, untuk kepentingan tentera Muslimin, dan Nabi saw berstuju.

Ini menunjukkan pentingnya air, termasuk di dalam peperangan.

Melalui Al Quran, Allah mengajarkan manusia, salah satunya dengan benda yang ada di sekitar mereka, iaitu air yang menjadi sumber kehidupan dan dengannya kita dapat menjalankan segala kegiatan. Allah menyebut dalam Surah Al-Anbiya:
"…Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Proses penciptaan alam semesta dan seisinya secara keseluruhan dilakukan oleh Allah swt dalam keadaan seimbang, sebagaimana yang tertulis dalam Surah Al Mulk ayat 3.

Demikian halnya dengan proses kewujudan air dengan segala keseimbangannya.

Proses evaporasi adalah proses perubahan air daripada bentuk cair menjadi gas. California Energy menyatakan bahawa hasil proses evaporasi adalah 90% wap air pada atmosfera yang berasal daripada samudera, laut, sungai, danau, dan tanah.

Salah satu kebesaran Allah swt iaitu dapat mengubah air menjadi kumpulan gas di atmosfera dengan bantuan sinar matahari, yang disebut dengan awan dalam bentuk yang bergumpal-gumpal.

Surah Ar Rum: 48 menyebut: "Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal,…"

Kini di musim kemarau panjang, manusia mencari air, bercakap mengenai air di mana-mana.

Banyak kawasan takungan air sudah berada di peringkat kritikal, namun hujan belum juga turun. Tanah merekah, rumput kering, cuaca panas.

Ada peribahasa Melayu klasik menyebut, "Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan."

Ini sebuah sindiran yang sangat tajam. Mengapa air ditempayan hendak dicurahkan, sedangkan guruh yang menderam belum tentu menurunkan hujan.

Natijah peribahasa ini supaya orang Melayu jangan berangan-angan akan sesuatu yang besar yang belum tentu wujud. Jangan dicurahkan air di tempayan, kerana air di tempayan itu, walau sedikit, sudah tentu menjadi milik kita.

Marilah, dalam sebarang waktu dan keadaan, kita sentiasa ramah dengan alam, menghargai air, mencari dan memikirkan kebesaran Ilahi. – 4 Mac, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved