Sabtu, 12 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia, lapor akhbar

Posted: 12 Apr 2014 02:34 AM PDT

MOHD FARHAN DARWIS
April 12, 2014

Pesawat Tentera Udara Australi (RAAF) E-7A Wedgetail dan dua Tentera Laut AS P-81 Poseidon pesawat patrol di landasan lapangan terbang di Perth semasa bersedia dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang. Akhbar Britain Daily Mirror hari ini melaporkan Amerika Syarikat menafikan pesawat MH370 mendarat di Diego Garcia ikutan khabar angin mengenainya. – Gambar Reuters, 12 April, 2014. Pesawat Tentera Udara Australi (RAAF) E-7A Wedgetail dan dua Tentera Laut AS P-81 Poseidon pesawat patrol di landasan lapangan terbang di Perth semasa bersedia dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang. Akhbar Britain Daily Mirror hari ini melaporkan Amerika Syarikat menafikan pesawat MH370 mendarat di Diego Garcia ikutan khabar angin mengenainya. – Gambar Reuters, 12 April, 2014.

Amerika Syarikat (AS) menafikan pesawat Malaysia Airlines MH370 mendarat di pangkalan tentera mereka di lokasi terpencil di Diego Garcia, lapor akhbar Britain Daily Mirror.

Akhbar berkenaan melaporkan, jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan perkara itu di sebalik khabar angin dan spekulasi mengatakan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal mendarat di sana.

"Tiada petunjuk mengatakan pesawat MH370 terbang berhampiran Maldives mahupun Diego Garcia.

"MH370 tidak mendarat di Diego Garcia," katanya dipetik laporan akhbar.

Beliau turut berkata, dalam usaha sama koordinasi misi carian pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu, tentera laut AS kini bekerjasama dengan Malaysia dan Australia, bersama 26 lagi negara.

Lokasi Diego Garcia sekitar 3,500 kilometer dari Malaysia.

Hari ini masuk hari ke-36 misi mencari pesawat berkenaan di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Bluefin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.

Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.

Menurutnya, AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.

"Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan hari ini.

JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.

Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.

Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.

Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.

Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April manakala Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

Kotak hitam merekodkan data kokpit dan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama. – 12 April, 2014.

Khalid Ibrahim jawab isu Canal City, anggap ia perkongsian pintar Selangor dan pemaju

Posted: 12 Apr 2014 02:00 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
April 12, 2014

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melalui perancangan asal pada 2003, pembangunan Canal City melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM1.345 bilion, manakala keuntungan keseluruhan projek adalah RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperolehi  RM22.2 juta. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 April, 2014. Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melalui perancangan asal pada 2003, pembangunan Canal City melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM1.345 bilion, manakala keuntungan keseluruhan projek adalah RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperolehi RM22.2 juta. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 April, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan isu jual beli tanah antara syarikat milik penuh kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan syarikat pemaju Tropicana, mengatakan ianya merupakan "perkongsian pintar" kedua-dua pihak.

Khalid menjelaskan, melalui perjanjian itu, MBI akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1.3 bilion dalam tempoh 20 tahun, dan kerajaan negeri akan memperolehi pembangunan infrastruktur dan prasarana di atas tanah seluas 424 ekar sepanjang tempoh pembangunan di Canal City tersebut.

"Prinsip Pakatan Rakyat (PR) di dalam urusan pentadbir aset seperti hartanah kerajaan negeri adalah memberi nilai tertinggi kepada aset tersebut dengan cara tidak menjual tanah kosong, tetapi menjual tanah dan pelan pembangunan.

"Hal ini boleh dilakukan kerana kerajaan negeri mempunyai pakar di dalam merancang pembangunan dan kelulusan berkenaan dengannya terletak di dalam kuasa kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta Pihak Berkuasa Tempatan," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata, melalui perancangan asal pada 2003, pembangunan Canal City melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM1.345 bilion, manakala keuntungan keseluruhan projek adalah RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperolehi  RM22.2 juta.

"Ini jauh berbeza dengan penjualan tanah dengan pelan pembangunan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat melalui MBI dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB)," katanya dalam kenyataan tersebut.

Umno Selangor sebelum ini mendesak kerajaan Selangor segera memberi penjelasan berhubung perjanjian jual beli tanah projek berkenaan yang dibuat ketika kerajaan sementara memerintah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beberapa keraguan dipercayai timbul dalam urusan penjualan tanah projek Canal City itu.

Noh berkata, berlaku ketirisan dalam urusan perjanjian jual beli kerana penjualan tanah ditandatangani pada 15 April 2013, iaitu ketika kerajaan sementara memerintah.

"Perjanjian jual beli tanah untuk projek itu (Canal City) tidak sepatutnya dibuat ketika negeri diperintah oleh caretaker goverment, ia dibuat selepas DUN Selangor dibubarkan pada 3 April 2013.

"Selain isu perjanjian ketika DUN sudah dibubarkan, harga penjualan tanah juga menimbulkan keraguan kerana harga yang diumumkan ialah RM844 juta bagi kawasan seluas 1,172 ekar atau 474 hektar, sedangkan harga sebenar ialah RM1.7 bilion," katanya, memetik laporan Astro Awani.

Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, mengikut perjanjian asal, PNSB dan MBI menjual tanah kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion tetapi bersyarat Tropicana perlu menjelaskan deposit RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama.

Manakala RM537 juta akan dibayar berserta faedah dalam tempoh 12 tahun dan baki RM458.26 juta adalah 5% daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek.

Menjelaskan perkara itu, Khalid berkata perjanjian antara Tropicana dan PNSB adalah berdasarkan nilai "Gross Development Value" pada RM8.64 ribu juta yang melibatkan 748 ekar tanah yang boleh dibangunkan serta 424 ekar tanah untuk pembinaan infrastruktur dan prasarana.

"Ini bermakna purata nilai tanah yang boleh dibangunkan adalah sejumlah RM1.15 juta satu ekar. Manakala kos untuk pembinaan prasarana pada lazimnya adalah sejumlah RM10 satu kaki persegi, yakni pemaju perlu membelanjakan sejumlah RM136 juta untuk prasarana.

"Pada 19 Mac 2014, Tropicana melaporkan menjual 308.72 ekar tanah yang menjadi sebahagian daripada tanah pembangunan seluas 1,172 ekar kepada Eco World Development Group Berhad pada harga RM470.67," katanya.

"Maka terdapat dakwaan bahawa Perjanjian Jual Beli Tanah dan Pembangunan yang ditangani oleh MBI dan Tropicana pada April 2013 yang lalu adalah cuai dan kerajaan negeri menjual tanah tersebut di bawah harga pasaran. Apatah lagi Tropicana turut memukul gendang kononnya mereka  mendapat keuntungan atas angin berjumlah RM170 juta hasil daripada penjualan tersebut," kata Khalid.

Beliau menegaskan, pihak umum bagaimanapun gagal melihat bahawa kos pembinaan infrastruktur adalah sebanyak RM10 kps dan pastinya penjualan 308.72 ekar tanah pada harga RM470.67 juta mengambil kira faktor ini.

"Berikutan dengan transaksi di antara Tropicana dan Eco World tersebut, kerajaan negeri  berhasrat untuk merealisasikan pelaksanaan perjanjian dengan lebih awal tanpa menunggu pelan pembayaran berperingkat yang dicadangkan di dalam Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani bersama Tropicana.

"MBI melalui PNSB selaku Pengurus Projek Pembangunan menawarkan kepada Tropicana penjualan tunai berdasarkan Nilai Bersih Terkini tanah tersebut sejumlah RM844,298,433 yakni RM1.15 juta seekar bagi mendapatkan nilai potensi besar hasil penjualan tanah itu.

"Menerusi tawaran terbaru yang dibuat kerajaan negeri, nilai tanah yang dijual kepada Tropicana merupakan harga terbaik, sekaligus menyangkal dakwaan bahawa ianya dijual di bawah harga pasaran," katanya lagi.

Perjanjian Jual Beli Tanah dan Pembangunan yang ditandatangani tersebut, kata Khalid adalah atas dasar Nilai Kasar Pembangunan RM8,64 juta.

MBI juga katanya, melalui PNSB akan memperolehi 5% keuntungan/pulangan daripada nilai tersebut hasil daripada perkongsian pembangunan.

"Bagaimanapun, sekiranya Tropicana berhasrat menaikkan Nilai Kasar Pembangunan (GDV) dari nilai yang dimeterai  apabila menyerahkan Kebenaran Merancang dam Laporan Cadangan Pembangunan (LPC), maka pulangan yang perlu diberikan kepada MBI juga akan turut dinaikkan selari dengan kenaikan GDV tersebut," kata Khalid.

Beliau turut berkata, sekiranya pihak pemaju berhasrat untuk mempercepatkan proses pembangunan maka kerajaan negeri akan memperolehi keuntungan dalam tempoh dan jangka masa yang diambil pemaju. – 12 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved