Selasa, 15 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kos baik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin cecah RM100 juta

Posted: 15 Apr 2014 03:01 AM PDT

April 15, 2014

 	Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terpaksa menjalani proses baik pulih setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50% daripada strukturnya musnah. – Gambar WikiMedia Commons. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terpaksa menjalani proses baik pulih setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50% daripada strukturnya musnah. – Gambar WikiMedia Commons.Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini diberitahu kos membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dianggarkan bernilai RM100 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Rosli Othman berkata ia termasuk RM18 juta untuk membaiki struktur dan lain-lain kelengkapan, RM20 juta membaiki sistem elektrik, RM14 juta membaiki sistem mekanikal dan RM48 juta untuk membina semula bumbung yang baharu.

"Kerajaan negeri sendiri sangat dukacita kerana SSMZA dibina dengan 100% pembiayaan dari kerajaan negeri," katanya dalam sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Menjawab soalan yang dibangkitkan beberapa wakil rakyat pembangkang mengenai tindakan terhadap pihak yang menyebabkan keruntuhan stadium itu, Rosli berkata juru perunding (SSMZA) kini berdepan tindakan perundangan dan masih dalam proses mahkamah.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan status dan identiti juru perunding berkenaan dengan alasan ia boleh mengganggu prosedur mahkamah.

Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50% daripada strukturnya musnah. – Bernama, 15 April, 2014.

Peningkatan kes dera kerana masyarakat semakin sedar

Posted: 15 Apr 2014 02:56 AM PDT

April 15, 2014

Peningkatan kes dera kanak-kanak sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan orang ramai semakin sedar akan pentingnya kes sedemikian dilapor kepada pihak berkuasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Norani Mohd Hashim (gambar).

"Kes dilihat meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana sebelum ini orang ramai hanya berdiam diri, namun kini masyarakat sudah mula sedar dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada kes penderaan kanak-kanak di sekitar kawasan mereka," katanya kepada media, di Pekan hari ini.

Katanya JKM melaksanakan pelbagai program untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar menyayangi kanak-kanak terutama keluarga terdekat.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas melancarkan Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care peringkat Pahang, berkata program tersebut dilihat dapat memupuk sikap prihatin dan kasih sayang masyarakat untuk membantu warga emas, pesakit terlantar dan orang kurang upaya.

Menurutnya program yang disertai oleh sukarelawan dan badan bukan kerajaan itu akan melakukan lawatan ke rumah golongan sasar selain bergotong-royong membersihkan kawasan rumah mereka serta perkhidmatan lain.

Beliau berkata setakat Disember lalu sebanyak 1,266 sukarelawan di seluruh negara terbabit dalam program itu. – Bernama, 15 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved