Jumaat, 18 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa

Kit Siang selimuti keranda Karpal dengan bendera DAP

Posted: 18 Apr 2014 02:36 AM PDT

OLEH LOOI SUE-CHERN
April 18, 2014
Latest Update: April 18, 2014 06:29 pm

Para pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 April, 2014.Para pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 April, 2014.Suasana suram menyelubungi kediaman mendiang Karpal Singh tengah hari ini apabila pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyelimuti keranda "saudaranya" dengan bendera parti bagi menghormati bekas pengerusi parti pembangkang selama 44 tahun itu.

Kit Siang, yang turut membawa bersama-sama buku rekod lama parti berkata, Karpal menyertai DAP semasa "zaman kegelapan" negara dan parti pada 28 Disember , 1970.

Hampir setahun lebih selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang menyaksikan rusuhan kaum dan Kit Siang baru sahaja dibebaskan selepas ditahan 17 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran rusuhan itu.

"Sangat sedikit yang tampil ke depan untuk memimpin parti itu pada masa itu tetapi Karpal datang. Beliau tidak teragak-agak tampil untuk membawa sepanduk itu," katanya kepada lelaki yang dipanggil "saudara" .

Kit Siang berkata, tahun 1970-an juga merupakan masa apabila DAP banyak berhadapan dengan kes melibatkan undang-undang, dengan pemimpinnya dituduh melanggar undang-undang seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Polis.

Karpal adalah salah seorang peguam yang mempertahankan pemimpin DAP berkenaan pelbagai tuduhan.

"Apabila saya didakwa dengan OSA pada 1978, Karpal mempertahankan saya," katanya , merujuk semasa beliau berhadapan dengan masalah kerana mendedahkan skandal yang melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia membeli senjata dari Sweden SPICA-M bernilai RM9 juta.

"Karpal kekal sebagai inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam memperjuangkan keadilan, demokrasi dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Rakyat Malaysia kini perlu meneruskan misi yang beliau tinggalkan," kata beliau.

Antara yang datang menziarahi kediaman mendiang bagi memberi penghormatan kepada Karpal ialah bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk Param Cumaraswamy yang berkata, negara dan profesion undang-undang kehilangan seorang perwira.

Beliau menyifatkan Karpal sebagai seorang lelaki sebenar yang sangat berprinsip, dan seorang yang tidak pernah berpaling kepada sesiapa yang memerlukan pertolongan bagi mempertahankan hak-hak mereka

"Saya bercakap dengan beliau mengenai politik dan undang-undang dan di antara kedua-duanya, cinta pertamanya adalah terhadap bidang perundangan. Politik adalah perkara kedua...begitulah cintanya kepada undang-undang," katanya hari ini.

Karpal, menurut Param sangat menghormati badan kehakiman.

"Karpal mempunyai sifat berkualiti seorangpeguam dan pada 1980-an, hakim kanan memuji kelakuannya di mahkamah.

"Beliau berpegang kepada kualiti terbaik. Hakim juga menghormati beliau. Kami benar-benar kehilangan seorang yang amat sukar diganti, seorang pakar dalam arena undang-undang dan politik.

"Bagaimanapun, saya melihat empat anaknya di mahkamah. Saya fikir mereka akan meneruskan misi yang ditinggalkan," katanya merujuk kepada anak Karpal – Karpal Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan anak perempuan, Sangeet Kaur, yang juga  adalah peguam.

Karpal, 73, terbunuh dalam kemalangan kereta pada jam 1:10 pagi semalam di Lebuhraya Utara -Selatan berhampiran Kampar, Perak apabila Toyota Alphard beliau berlanggar dengan sebuah lori. Pembantunya, Michael Cornelius Selvam Vellu juga meninggal dunia dalam kemalangan itu manakala anaknya Ramkarpal dan pemandu terselamat dengan kecederaan ringan.

Esok Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan akan menyerahkan bendera Pulau Pinang kepada keluarganya.

Pada hari Ahad, jenazah akan berhenti pada beberapa lokasi penting bagi Karpal dan kerjaya perundangannya.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang mengawasi memantau majlis pengebumian berkata, keranda itu dijadual meninggalkan rumah Karpal di Jalan Utama pada jam 8:15 pagi Ahad bagi majlis awam di Dewan Sri Pinang pada jam 9 pagi.

"Orang ramai boleh memberi penghormatan sehingga pukul 10 pagi. Kemudian, majlis akan dibuka kepada orang kenamaan negeri seperti gabenor, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sebelum berakhir pada jam 11 pagi dengan majlis keagamaan keluarga Karpal.

"Keranda akan diarak dan berhenti di persimpangan Lebuh Light - Jalan Greenhall di hadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Firma Karpal adalah di Jalan Greenhall," katanya.

Keranda juga akan berhenti di bangunan Dewan Undangan Negeri, di mana Karpal memulakan kerjaya awal politiknya. Beliau memenangi kerusi DUN Bukit Gelugor dalam pilihan raya umum 1978 semasa kerusi di bawah kawasan Parlimen Jelutong yang dimenanginya.

Kemudian, perarakan akan bergerak ke Institusi St Xavier, tempat di mana beliau pernah belajar. Beliau banyak memberi sumbangan kepada institusi ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Chow.

"Band sekolah akan mengiringi perarakan apabila bergerak ke krematorium Batu Tergantung untuk upacara akhir," katanya.

Anak sulung Karpal, Jagdeep yang merupakan seorang ahli majlis eksekutif negeri, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi upacara penghormatan negeri kepada bapanya.

"Ini pasti membuatnya sangat bangga kerana diiktiraf sebagai anak jati Pulau Pinang dan pengorbanannya. Beliau tidak pernah meminta pengiktirafan sebegitu.

"Keluarga kami juga tidak akan lupa segala ucapan takziah dan simpati daripada ribuan orang. Sila terus mengingati kami dalam doa anda dan kami berharap berjumpa anda semua pada hari Ahad," katanya. – 18 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved