Ahad, 20 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pelan catuan bekalan air dijangka berakhir 30 April, kata Syabas

Posted: 20 Apr 2014 02:17 AM PDT

April 20, 2014

Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat dijangka ditamatkan pada 30 April depan.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred Dharan berkata ia bagaimanapun bergantung kepada keputusan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

"Pelaksanaan pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan seperti yang dirancang dan diputuskan kerajaan negeri Selangor (sehingga 30 April)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kelewatan penyaluran bekalan air di beberapa kawasan catuan di Hulu Langat pada 19 April lepas, Priscilla berkata ia berikutan kejadian paip pecah yang berlaku di Taman Minang, Kajang.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan kawasan catuan di Taman Minang, Kajang Emas dan Kajang Mulia mengalami gangguan bekalan air untuk tempoh beberapa jam.

Sementara itu, catuan bekalan air di sekitar Gombak juga berhadapan dengan kekerapan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju akibat kekeruhan pada air mentah melebihi tahap yang dibenarkan.

"Walaupun ada bekalan air alternatif disalurkan daripada pengeluaran Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3, namun jumlah keseluruhan agihan bekalan air berkurangan berikutan tiada sumbangan daripada LRA Wangsa Maju.

"Selain itu, pengeluaran air terawat daripada LRA Sungai Selangor Fasa 3 sedang  dikurangkan ekoran pengurangan pelepasan air mentah daripada empangan Sungai Selangor seperti diputuskan kerajaan negeri Selangor," katanya.

Beliau berkata, bagi keperluan kritikal seperti upacara kematian, kegunaan pusat dialisis, rumah perkahwinan atau majlis perkahwinan, pengguna boleh memohon untuk mendapatkan bekalan melalui lori tangki atau tangki air statik daripada Syabas.

Pengguna dinasihatkan untuk tidak menggunakan bekalan air bagi keperluan tidak kritikal seperti mencuci kenderaan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kawasan catuan bekalan air boleh melayari laman sesawang Syabas di www.syabas.com.my. – Bernama, 20 April, 2014.

Bagi Malaysia bebas-rasuah, penguatkuasaan dan hukuman diperlukan, bukan larian

Posted: 20 Apr 2014 02:06 AM PDT

KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
April 20, 2014

Mereka yang menganjurkan larian bebas-rasuah di Kuala Lumpur hari ini sama ada hendak mencapai tahap simbolik yang tinggi, atau tidak berapa jelas tentang konsep 'bebas-rasuah'.

Gerakan, sebagai pihak penganjur larian tersebut berjaya mendapatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan dan turut serta dalam larian 3km bersama 3,000 peserta selepas sesi bersenam 10 minit.

Dan itu sahajalah acaranya.

Persoalannya, bagaimana semua ini membantu membanteras rasuah?

Menyertai larian atau menjalankan kempen untuk memastikan mereka yang korup dipenjarakan dan semua kebocoran ditutup?

Tahun lepas, Malaysia naik sedikit dalam kedudukan Indeks Ketelusan Antarabangsa dan Persepsi Rasuah (Transparency International Corruption Perceptions Index), tetapi kekal dalam lingkungan purata sederhana yang menunjukkan perjuangan yang sukar dalam menentang rasuah.

Malaysia mendapat skor 50, dalam kedudukan ke-53 daripada 177 negara yang ditinjau pada 2013 berbanding dengan skor 2014 yang menampakkan Malaysia di tangga ke-49 daripada 176 negara.

Putrajaya sudah pun membelanjakan RM983 juta untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2009 dan 2013, dan menubuhkan mahkamah khas untuk rasuah tetapi hasilnya tidak seberapa, memulangkan hanya RM17 juta dalam jangka tersebut.

"Dalam jangka masa yang sama, jumlah keseluruhan wang rasuah yang terlibat adalah RM 57,698,540.41 dan jumlah wang yang dipulangkan dalam rampasan adalah RM 17,083,729.91.

"Ini merangkumi 5.9% dan 1.7% masing-masing berbanding kepada peruntukan yang diberi untuk menentang rasuah," ahli Parlimen Kampar, Ko Chung Sen berkata Oktober lepas.

Jadi, mengapa kita mengadakan larian ini?

Ataupun ini memang sesuai kerana semua pelaku salah yang terbesar dapat 'lari' daripada sebarang tindakan, seperti yang dicerminkan dalam kadar sabitan kes rasuah besar dalam beberapa tahun lepas.

Larian ini menunjukkan betapa Putrajaya dan kerajaan memerintah percaya lebih kepada simbolik daripada melakukan sesuatu untuk menghentikan rasuah dalam negara.

Kerajaan perlu lakukan lebih dalam menentang rasuah daripada menyertai larian yang berguna untuk gambaran baik sahaja. – 20 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved