Ahad, 20 April 2014

The Malaysian Insider :: Opinion

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion

Perjalanan terakhir Karpal Singh

Posted: 19 Apr 2014 04:08 PM PDT

April 20, 2014

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar.

Antara kalungan bunga dan mesej yang diletakkan di kawasan rumah mendiang Karpal Singh di Pulau Pinang sebagai tanda memperingati 'Harimau Jelutong' itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 April, 2014.Antara kalungan bunga dan mesej yang diletakkan di kawasan rumah mendiang Karpal Singh di Pulau Pinang sebagai tanda memperingati 'Harimau Jelutong' itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 April, 2014.Hujan yang turun semalam tidak menghalang orang ramai untuk memberikan penghormatan terakhir kepada "Harimau Jelutong" yang meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri baru-baru ini.

Kebanyakan yang hadir kelihatan sedih dan sayu namun bersemangat untuk melihat wajah pemimpin veteran DAP, Karpal Singh yang tidak pernah menyerah kalah dalam perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Karpal mengajar rakyat Malaysia untuk tidak tunduk kepada penindasan dan melawan sehingga ke akhirnya.

Selain itu, pengajaran besar disampaikan Karpal adalah bagaimana untuk komited dengan tugas apabila beliau sendiri terlibat dalam kemalangan ketika sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk  menghadiri satu kes mahkamah.

Saya bersama tiga lagi  teman tidak mahu terlepas ke Pulau Pinang untuk bersama-sama ribuan rakyat  melihatnya buat kali terakhir.

Sebaik saja berhampiran dengan kawasan rumahnya, jalan mulai sesak.

Kelihatan banyak kenderaan yang diletak di tepi jalan, walaupun terdapat tempat letak kereta rasmi disediakan oleh DAP bagi hadirin.

Semakin hampir dengan rumahnya kelihatan ramai orang berkumpul di luar rumahnya.

Kami terpaksa beratur panjang sebelum dapat melihat wajah Karpal buat kali terakhir.

Yang beratur bersama-sama kami kebanyakannya orang biasa yang mengenali Karpal kerana ketokohannya dan bukan sebagai ahli politik DAP atau Pakatan Rakyat (PR).

Namun, kelihatan juga wajah pimpinan parti DAP, PAS dan PKR yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Gobind Singh Deo, salah seorang anak lelaki Karpal mewakili keluarganya untuk bersalam dengan orang ramai.

Ketika bersalam dengannya, saya memperkenalkan diri dan bertanya tentang apakah komen beliau tentang penghinaan terhadap mayat bapanya oleh seorang ahli Parlimen.

"Biarkanlah dia, kami ada banyak perkara yang perlu diuruskan. Lain kali saya akan komen," kata Gobind dengan tenang, tidak seperti wataknya yang agresif seperti dikenali ramai.

Beban di bahu Gobind dan adik-beradiknya yang lain besar. Bapanya meninggalkan dua bidang yang beliau kuasai sejak sekian lama.

Poster mendiang Karpal Singh yang turut diedarkan sempena majlis pengebumiannya di Pulau Pinang.Poster mendiang Karpal Singh yang turut diedarkan sempena majlis pengebumiannya di Pulau Pinang.Bidang guaman dan politik yang tidak pernah sunyi daripada nama Karpal.

Beliau dihormati kawan dan lawan.

Terlihat juga wajah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang begitu sedih.

Apa lagi Kit Siang yang sudah bersama-sama berjuang dengan Karpal selama lebih 40 tahun.

Bagaimanapun, kematian Karpal mendedahkan sisi-sisi buruk sesetengah umat Islam yang tidak matang dan jahil.

Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat wakil rakyat yang mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja menyinggung perasaan  keluarga mendiang tetapi menunjukkan betapa tidak layaknya mereka untuk menjadi pemimpin.

Tindakan memperlekehkan mayat Karpal dan menyerang Karpal yang sudah mati merupakan satu tindakan hina yang boleh dikeluarkan oleh seseorang umat Islam.

Facebook juga mendedahkan terdapat umat Islam yang membuat "kerja-kerja tuhan" dengan menulis ayat seperti: "Apa pun kebaikan dilakukan Karpal, oleh kerana beliau bukan Islam beliau akan tetap masuk neraka."

Tindakan pertama saya lakukan jika melihat seseorang dalam garis masa Facebook saya menulis sesuatu seperti ini ialah menyingkirkan mereka daripada senarai kawan saya.

Saya menghormati kebebasan bersuara tetapi saya tidak akan berkompromi dengan kebodohan.

Hari ini upacara pengebumian dengan penghormatan negeri, diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Semakin ramai yang memasuki Pulau Mutiara itu. Sementara saya dan teman-teman akan meninggalkan Pulau Pinang selepas sarapan pagi.

Selamat jalan Karpal. Damailah kau di sana. Rest In Peace (RIP). – 20 April, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved