Khamis, 24 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Krisis air Selangor perlu selesai sebelum jejaskan lagi operasi syarikat, kata menteri

Posted: 24 Apr 2014 02:47 AM PDT

April 24, 2014

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berharap krisis air di Selangor dapat diselesaikan dalam masa terdekat sebelum lebih menjejaskan operasi syarikat tempatan dan luar negara di negeri itu.

"Kita harap hujan lebat kebelakangan ini dapat menyelesaikan masalah buat sementara waktu. Namun satu langkah penyelesaian jangka panjang perlu dilaksanakan secepat mungkin," katanya hari ini.

Beliau berkata selaku menteri yang bertanggungjawab dalam pelaburan, beliau mahu memastikan iklim pelaburan di Malaysia sentiasa berkeadaan baik.

"Yang paling penting kita sudah lama cakap bahawa Selangor akan mengalami krisis air. 'Reserve margin' air di Selangor 2% sahaja. Itu dalam keadaan biasa. Dalam keadaan kemarau memang tak cukup air," katanya.

Margin optimum yang disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ialah sekitar 10% hingga 15%.

Mustapa berkata pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 sangat penting dan berterima kasih kepada kerajaan Selangor kerana bersetuju melaksanakan projek tersebut meskipun lewat lima tahun.

"Kita berharap tiada halangan lagi selepas ini kerana air ini keperluan asas. Sesetengah syarikat perlukan air yang banyak untuk mengeluarkan barangan. Kita nak jadi negara maju, keperluan asas perlulah dipenuhi," katanya. – Bernama, April 24, 2014.

ICAO sahkan klia2 tepati standard keselamatan

Posted: 24 Apr 2014 02:24 AM PDT

April 24, 2014

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah agensi khusus United Nations yang menyediakan piawaian, peraturan dan prosedur bagi penerbangan antarabangsa, mengesahkan klia2 memenuhi standard keselamatannya.

Mengumumkan perkara itu hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata projek ikonik negara itu mematuhi piawaian antarabangsa ICAO.

"Saya ingin mengumumkan hari ini bahawa laporan daripada ICAO mengesahkan klia2 adalah selamat. Laporan itu dibentangkan di Kabinet semalam," katanya hari ini.

Beliau berkata lapangan terbang itu masih menjalankan kesediaan operasi dan pemindahan sehingga akhir April walaupun sijil perakuan siap dan pematuhan dikeluarkan pada 18 April.

Hishammuddin membayangkan klia2 mungkin dibuka secara rasmi sebulan selepas pra pembukaan pada 2 Mei.

"Saya menyatakan bahawa kami akan melakukannya (pelancaran rasmi) dalam tempoh sebulan kemungkinan pada 2 Jun dan itu adalah perkara biasa (tempoh masa) tetapi apa yang lebih penting ialah saya mahu semuanya beroperasi dari hari pertama," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan klia2 menetapkan prosedur berlepas dan mendarat pesawat yang baru.

"Semua syarikat penerbangan perlu mematuhi prosedur baru ini yang kami tetapkan dan syarikat penerbangan telah mengambil maklum mengenainya sebulan yang lalu," katanya, sambil menambah pesawat pertama dijangka mendarat pada 12.01 pagi, 2 Mei.

Azharuddin berkata klia2 mencapai satu pencapaian baru dengan pengenalan landasan ketiga.

"Kita adalah yang pertama di Asean memiliki sistem tiga landasan," katanya.

Terdahulu, para jemputan dan media dipertontonkan dengan pendaratan dua buah pesawat MH402 dan MH604 secara serentak di landasan dua dan tiga di klia2.

"Ini akan kita jadikan sebagai prosedur normal dan membolehkan kita menambah lagi jumlah pesawat yang akan mendarat dan berlepas dari klia2," katanya.

Ini adalah peristiwa bersejarah dan pencapaian bagi industri penerbangan kita, katanya.

Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad berkata pada hari pertama operasi klia2, akan terdapat 56 pergerakan (ketibaan dan berlepas).

"Manakala dari 9 Mei dan seterusnya, apabila Airasia memulakan operasinya di klia2, kita boleh mempunyai kira-kira 400 pergerakan sehari," katanya. – Bernama, April 24, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved