Ahad, 27 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kit Siang gesa pemimpin Pakatan henti beri kenyataan isu hudud

Posted: 27 Apr 2014 02:47 AM PDT

OLEH EILEEN NG
April 27, 2014

Kenyataan yang berbeza dikeluarkan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu hudud memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Gambar fail The Malaysian Insider.Kenyataan yang berbeza dikeluarkan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu hudud memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Gambar fail The Malaysian Insider.Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu semua pemimpin Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung hasrat rakan gabungannya, PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Pemimpin veteran itu berkata, semua tiga parti dalam pakatan pembangkang termasuk barisan pemimpinnya perlu berhati-hati dengan plot musuh mereka, Umno yang boleh menyebabkan Pakatan tidak sepakat dengan menekankan perbezaan apabila pemimpin memilih 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dan pakatan perlu berpegang kepada rangka kerja polisi bersama.

"Dalam keadaan ini, saya meminta semua kenyataan berhubung kontroversi hudud daripada pemimpin Pakatan Rakyat dihentikan serta merta dan isu itu akan dirujuk kepada majlis kepimpinan Pakatan Rakyat untuk keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu hudud baru-baru ini kembali panas apabila PAS mengumumkan pelan pada bulan ini untuk membawa dua rang undang-undang persendirian ke Parlimen untuk membenarkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pengumuman itu mencetuskan perang mulut antara Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Nik Amar berkata, rakan dalam pakatan tidak mempunyai hak untuk masuk campur dalam pelan parti Islam itu untuk melaksanakan hudud di negeri pantai timur, menyebabkan Loke menggesa PAS meninggalkan Pakatan jika mereka tetap meneruskan rancangan itu.

Lim yang juga ketua Parlimen DAP, berkata kedua-dua pemimpin berkenaan perlu lebih berhati-hati kerana ramai dalam Umno dan Barisan Nasional suka untuk 'menangguk di air yang keruh'.

"Mari semua pemimpin Pakatan Rakyat, tidak kira sama ada DAP, PAS atau PKR, kita terus dipandu oleh rangka kerja polisi bersama Pakatan dan persepakatan selama ini untuk memberi harapan kepada Malaysia mengubah lanskap parti dalam negara jika mahu Malaysia menjadi bersatu, demokrasi, mampu bersaing dan negara yang maju," katanya.

Pemimpin veteran itu mula membuat ulasan berhubung isu berkenaan selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal hari ini menafikan dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan majlis kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan rancangan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Guan Eng berkata, pemimpin DAP tidak akan bersetuju dengan rancangan seumpama itu dan menggesa Hadi membuktikan dakwaannya itu jika laporan yang memetik kenyataannya itu adalah benar.

"Jika kenyataan itu dikeluarkan oleh Hadi, maka, beliau silap dan perlu mengemukakan bukti," kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Beliau berkata, DAP berpendirian menolak hudud diperkenalkan PAS di Kelantan sebelum atau selepas penubuhan PR pada 2008.

Katanya, DAP sentiasa berpegang kepada membantah pelaksanaan hudud di Malaysia, dengan bekas pengerusinya, mendiang Karpal Singh mempertikaikan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan kebangsaan.

Guan Eng turut memberi amaran kepada PAS yang dilihat seperti berpaling untuk mendapatkan sokongan Umno, dengan menyatakan pemimpin Umno, termasuk Datuk Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dengan jelas menyatakan bantahan terhadap pengenalan hudud.

"Gagal mendapatkan sokongan PR untuk melaksanakan hudud, PAS kini pergi kepada Umno.

"Meskipun Umno membantah hudud menerusi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2011, PAS sanggup mempercayai Umno tidak bermain politik untuk menawan Kelantan," katanya.

Ramai yang berkata, ahli Parlimen Islam Umno dijangka menyokong rang undang-undang PAS, dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa jelas menyatakan akan menyokong rang itu.

Umno mempunyai 88 ahli Parlimen manakala PAS ada 21 ahli Parlimen. Gabungan mereka bermakna rang itu masih kekurangan 39 undi untuk melepasi majoriti dua pertiga.

Guan Eng mendesak PAS untuk 'membuat penilaian realistik' mengenai sokongan Umno terhadap langkah PAS itu mungkin adalah strategi politik untuk melemahkan parti Islam itu bagi menawan semula Kelantan.

"Hadi tidak boleh lupa beliau adalah menteri besar Terengganu yang meluluskan undang-undang hudud di Terengganu pada 2003 dan kemudian hilang Terengganu kepada Umno dalam pilihan raya umum pada 2004.

"Cubaan untuk bekerjasama dengan Umno lagi dengan cuba melaksanakan hudud untuk orang Islam di Kelantan, mungkinkah sejarah akan berulang lagi dan membenarkan Umno menawan semula Kelantan," katanya. – 27 April, 2014.

Azmin Ali dahului perebutan timbalan presiden PKR

Posted: 27 Apr 2014 02:26 AM PDT

OLEH MD IZWAN
April 27, 2014

Sumber memberitahu penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendahului dua pencabar terdekatnya dengan memperolehi undi popular dalam perebutan jawatan itu dalam pemilihan PKR 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.Sumber memberitahu penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendahului dua pencabar terdekatnya dengan memperolehi undi popular dalam perebutan jawatan itu dalam pemilihan PKR 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.Mohamed Azmin Ali semakin hampir mempertahankan jawatannya selepas keputusan tidak rasmi awal menunjukkan sokongan memihak kepada penyandang timbalan presiden PKR itu.

Sumber mendedahkan ahli Parlimen Gombak itu mendahului undi popular, jauh meninggalkan lawannya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Setakat pengundian zon pertama hari ini, sumber memberitahu The Malaysian Insider, Azmin memperolehi 53% undi popular, manakala Khalid sebanyak 28% dan Saifuddin pula 17%.

Keputusan tersebut diperoleh daripada Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Bagaimanapun, kiraan undi masih lagi belum selesai di Kelantan dan sedang berjalan.

Menurut sumber, kebanyakan sokongan yang diperolehi Azmin juga datang daripada cabang yang majoritinya bukan Melayu seperti Stampin, Lubok Antu, Lawas di Sarawak dan beberapa kawasan cabang lain.

"Ini menunjukkan mesej yang senada dengan tema kempen Keadilan Raya yang menitikberatkan idea keterangkuman dan toleransi.

"Majoriti ahli menyokong tema Keadilan Raya yang dibawa Azmin," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Berdasarkan keputusan awal itu, sumber berkata, majoriti ahli parti tidak mengganggap PKR sebagai sebuah parti politik berteraskan kaum Melayu, tetapi adalah untuk semua rakyat Malaysia.

"Mengejutkan Saifuddin jauh ketinggalan walaupun mendapat sokongan daripada ketua umum PKR," kata sumber merujuk kepada sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR itu.

Saifuddin sebelum ini berkata PKR merupakan sebuah parti politik berteraskan Melayu, namun ia disangkal Azmin yang tidak bersetuju dengan label itu.

Proses pemilihan PKR diadakan mengikut zon, bagi minggu pertama, akan diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Minggu berikutnya disusuli dengan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.

Bagi minggu terakhir ia melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

Barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei depan.

Penganalisis sebelum ini juga meramalkan Azmin akan berjaya mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan sengit daripada Khalid dan Saifuddin kerana perpecahan undi daripada kelompok penentangnya.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik.

Berbeza dengan lawannya, Azmin mempunyai pengaruh akar umbi yang kuat di dua kubu PKR iaitu Selangor dan Sabah menyebabkan beliau sukar digugat.

Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah.

Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR.

Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini. – 27 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved