Ahad, 27 April 2014

The Malaysian Insider :: Opinion

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion

Generasi Reformasi: Apakah sejarah akan berulang?

Posted: 26 Apr 2014 07:50 PM PDT

April 27, 2014

Liew Chin Tong is the DAP MP for Kluang.

Saya masih ingat bagaimana satu Malaysia kecoh dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah pada Januari 2010.

Gereja dibakar, emosi Muslim dihasut. Saya dimaklumkan oleh seorang menteri kanan bahawa Menteri Dalam Negeri ketika itu, Hishammuddin Hussein memberi jaminan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat biro politik Umno - isu kalimah Allah semestinya akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat dalam tempoh beberapa bulan.

Ramai Muslim tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim, barangkali kerana dipengaruhi propaganda konservatif yang disebarkan Umno dan Utusan Malaysia.

Namun demikian, golongan utama yang menggunakan kitab Injil berbahasa Melayu dan kalimah Allah adalah penganut Kristian Sabah dan Sarawak.

Malah ada yang menggunakan bahasa Melayu untuk berdakwah sejak satu atau dua abad yang lalu. Isu yang sebenarnya bukan isu ini menjadi isu pertikaian identiti kini.

Dalam perkiraan Umno, PAS terpaksa membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim lantaran tekanan umat Islam.

Pemimpin PAS, terutamanya Presiden Tuan Guru Hadi Awang jelas lebih memahami ajaran Islam berbanding pemimpin Umno.

PAS mengambil pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh disalahgunakan oleh agama lain dan tidak boleh digunakan untuk berdakwah, tetapi penganut agama samawi dibenarkan untuk menggunakannya seandainya ia amalan tradisional.

Pakatan tidak pecah berkecai seperti yang dirancang Umno, malah terus bertahan sehingga ke hari ini.

PRU tahun 2008 dan 2013 menyaksikan senario Malaysia di mana kekuatan pemerintah dan pembangkang terikat pada 50-50 daripada segi undian.

Pakatan memohon untuk mendaftarkan dirinya sebagai satu entiti berdaftar sejak tahun 2009, namun tidak diluluskan.

BN enggan menerima Pakatan sebagai gabungan yang setara dan mungkin menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan pada masa depan.

BN terus memerintah dengan pendekatannya sebagai parti yang dominan.

Perhitungan BN adalah Pakatan akan berpecah suatu hari nanti, dan BN akan terus memerintah sebagai parti dominan untuk berabad-abad.

Percaturan Umno-BN terkini adalah memusnahkan Pakatan sebelum pelaksanaan GST pada 1 April 2015.

Pakar strategi BN semestinya jelas bahawa pelaksanaan GST bakal mencentuskan ombak rungutan rakyat yang mungkin menumbangkan BN.

Satu-satunya langkah pencegahannya adalah untuk memusnahkan Pakatan sebelum dimusnahkan Pakatan.

Formula Umno-BN boleh diringkaskan seperti berikut:

Pertama, penjarakan Dauk Seri Anwar Ibrahim dan timbulkan pergelutan dalaman PKR, supaya PKR dihancurkan dirinya; kedua, membatalkan pendaftaran DAP; ketiga, umpan pemimpin PAS untuk membincangkan Hukum Hudud, kemudian Umno menyokong PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan.

Dengan ini, DAP dan PKR terpaksa mengasingkan diri mereka daripada PAS. Pakatan akan kehilangan DAP atau PAS, dan terus menjunam selepas itu; keempat, seandainya Pakatan tetap kental semangatnya, maka pemimpin utama akan dipenjarakan atau ditahan.

Parti akan didominasi oleh pemimpin yang gagal melihat politik daripada kerangka yang menyeluruh.

Kemudian parti komponen Pakatan akan bercakaran sesama diri, dan akhirnya hilang semangat untuk berjuang menentang Umno.

Umno-BN mungkin boleh menerima PAS untuk terus memerintah di Kelantan, dan juga DAP di Pulau Pinang, selagi visi besar untuk menawan Putrajaya menjadi mustahil. 

Namun, tanpa visi besar untuk menukar kerajaan di peringkat persekutuan, Pakatan yang memerintah di negeri masing-masing tetap akan tumbang pada suatu hari nanti.

Sejarah sedemikian pernah kita alami.  Dalam PRU tahun 1990, PAS merampas semula Kelantan kerana wujudnya visi membentuk kerajaan alternatif di peringkat Persekutuan bersama Semangat 46.

Umno mengambil keputusan untuk beralih ke kedudukan pertengahan sebagai langkah memikat undi bukan Melayu.

Hubungan PAS dengan DAP pula ditamatkan selepas PAS membawa semula agenda hukum hudud ketika itu.

Pada tahun 1999, PAS meraih kemenangan lantaran gelombang Reformasi yang tercetus selepas pemecatan Anwar Ibrahim.

Mahathir menahan pemimpin PKR yang paling kental semangat perjuangannya pada April 2001.

Mulai Jun 2001, PAS diheret ke dalam perbincangan agenda negara Islam oleh Utusan dan pemimpin Umno. DAP menarik diri daripada Barisan Alternatif pada 22 September 2001.

Pada 29 September, Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia adalah negara Islam, dan mendesak agar PAS tampil dengan versi negara Islamnya.

PAS akhirnya mengetengahkan Dokumen Negara Islam yang lebih konservatif berbanding Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia - Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21 yang lebih terbuka dan sederhana - menjurus kepada kekalahan dalam PRU11 pada tahun 2004.

Apakah sejarah akan berulang? Apakah PAS akan meninggalkan usahanya sejak tahun 2005 untuk meletakkan dirinya di kedudukan pertengahan dalam politik Malaysia? 

Seandainya DSAI dimasukkan ke dalam penjara, apakah PKR mampu mara ke depan melangkaui Anwar?

Bagaimana DAP bersatu di bawah satu bumbung dalam keadaan paling buruk, pada masa yang sama perlu menarik sokongan selain daripada Cina dan India, malah menerokai gelanggang di luar Pulau Pinang, bahagian utara dan tengah Semenanjung Malaysia?

Mampukah Malaysia membebaskan dirinya daripada cengkaman BN dan menerokai kemungkinan baru?

Meskipun cabarannya sengit, tetapi saya yakin kita mempunyai hikmah yang memadai untuk menamatkan kuasa BN. – 27 April, 2014.

* Liew Chin Tong ialah ahli Parlimen Kluang, merangkap Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP. Beliau boleh dihubungi di supportlct@liewchintong.com.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Generasi Reformasi: Apakah sejarah akan berulang?

Posted: 26 Apr 2014 07:41 PM PDT

Mulai Jun 2001, PAS diheret ke dalam perbincangan agenda Negara Islam oleh Utusan dan pemimpin Umno. DAP menarik diri dari Barisan Alternatif pada 22 September 2001.

Pada 29 September, Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia adalah negara Islam, dan mendesak agar PAS tampil dengan versi negara Islamnya.

PAS akhirnya mengetengahkan Dokumen Negara Islam yang lebih konservatif berbanding Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia - Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21 yang lebih terbuka dan sederhana - menjurus kepada kekalahan dalam PRU11 pada tahun 2004.

Apakah sejarah akan berulang? Apakah PAS akan meninggalkan usahanya sejak tahun 2005 untuk meletakkan dirinya di kedudukan pertengahan dalam politik Malaysia? 

Seandainya DSAI dimasukkan ke dalam penjara, apakah PKR mampu mara ke depan melangkaui Anwar?

Bagaimana DAP bersatu di bawah satu bumbung dalam keadaan paling buruk, pada masa yang sama perlu menarik sokongan selain daripada Cina dan India, malah menerokai gelanggang di luar Pulau Pinang, bahagian utara dan tengah Semenanjung Malaysia?

Mampukah Malaysia membebaskan dirinya daripada cengkaman BN dan menerokai kemungkinan baru?

Meskipun cabarannya sengit, tetapi saya yakin kita mempunyai hikmah yang memadai untuk menamatkan kuasa BN. – 27 April, 2014.

* Liew Chin Tong ialah ahli Parlimen Kluang, merangkap Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP. Beliau boleh dihubungi di supportlct@liewchintong.com.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved