Isnin, 28 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Peniaga jual peranti ceroboh talian Internet didenda RM15,000

Posted: 28 Apr 2014 03:23 AM PDT

April 28, 2014

Seorang peniaga didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku membekal dan menjual 47 unit peranti yang tidak diperakui Sirim bagi menceroboh sistem jalur lebar milik pengguna lain.

Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman itu selepas Tung Lun Tak, 44, mengaku melakukan kesalahan itu di rumahnya di Bandar Damai Perdana, Cheras pada 12.30 tengah hari 22 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 239(1)(c) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tung, yang mengaku membekalkan lima unit High Power Signal King, tujuh unit Sinmax dan 35 unit WiFiSky, dihukum mengikut Seksyen 239(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes yang dibentang Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Zairulnahar Zakaria, kegiatan Tung dikesan selepas seorang pegawai SKMM membeli seunit "WiFi Cracker" melalui khidmat pesanan ringkas dan membuat pembayaran dalam satu transaksi perbankan Internet.

Seminggu kemudian, pegawai itu menerima WiFi Cracker' daripada Tung Network Trading sebelum menghantar alat berkenaan untuk ujian Sirim, yang mendapati ia tidak pernah diluluskan serta dilarang penggunaannya di negara ini.

Terdahulu, Tung dan pendakwaan mengemukakan rayuan serta hujahan secara bertulis sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman. – Bernama, 28 April, 2014.

Tiga pelajar UIAM kritikal akibat kemalangan bas kini stabil

Posted: 28 Apr 2014 02:54 AM PDT

April 28, 2014

Keadaan bas membawa pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terbabit dalam kemalangan semalam. - Gambar fail The Malaysian Insider, 28 April, 2014.Keadaan bas membawa pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terbabit dalam kemalangan semalam. - Gambar fail The Malaysian Insider, 28 April, 2014.Tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang parah dan kritikal akibat kemalangan bas semalam, kini dilaporkan stabil.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Latif Abdul Rahman berkata ketiga-tiga pelajar itu sudah dipindahkan ke wad biasa manakala semua mangsa yang cedera ringan dibenarkan keluar dari wad.

Beliau berkata pemandu bas terlibat juga dilaporkan sihat serta bebas daripada sebarang pengambilan dadah dan alkohol.

"Pemandu terbabit disahkan negatif dalam saringan air kencing dan alkohol serta disahkan sihat. Dakwaan orang ramai bahawa beliau tidak sihat adalah tidak benar," katanya.

Sementara itu, Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur ASP Mohd Fadhli Daud berkata siasatan pihaknya mendapati ketika kejadian pemandu itu juga didapati tidak mengantuk atau pitam seperti yang didakwa.

"Berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu cuba mengelak sebuah kereta yang menukar laluan secara mengejut sebelum terbabas ke tapak pembesaran jalan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, tiga pelajar UIAM dilaporkan kritikal selepas bas universiti yang dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke tempat takungan air sebuah tapak pembesaran jalan di KM25.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Lumpur.

Lima pelajar lagi dilaporkan parah manakala 23 yang lain termasuk pemandu bas hanya mengalami cedera ringan. – Bernama, 28 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved