Rabu, 30 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kerajaan Selangor tidak tolak kemungkinan catuan air berulang

Posted: 30 Apr 2014 03:30 AM PDT

April 30, 2014

Kerajaan negeri Selangor tidak menolak kemungkinan tindakan catuan air ke atas pengguna akan berulang, walaupun catuan dihentikan berkuatkuasa esok.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) bagaimanapun memberi jaminan bahawa bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur bagi tempoh lima ke enam bulan akan datang adalah mencukupi.

"Kita tidak boleh beri jaminan catuan air ini tidak berulang.

"Tetapi melalui usaha yang sedang dijalankan dengan menggunakan air alternatif seperti sumber air hujan, air kolam dan bekas lombong kita yakin bekalan air cukup untuk keperluan pengguna sekurang-kurangnya untuk tempoh ke lima dan enam bulan akan datang," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam, beliau berkata Kerajaan Selangor hari ini memutus menghentikan pelan tindakan catuan air serentak di semua kawasan terlibat mulai esok. 

Khalid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu menunggu air di empangan mencapai takungan 50% untuk menghentikan catuan.

Ini kerana usaha keras termasuk mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air mampu meningkatkan lagi paras air empangan, katanya. – Bernama, 30 April, 2014.

Majlis senator kesal lawatan Obama dipolitikkan

Posted: 30 Apr 2014 03:15 AM PDT

April 30, 2014

Majlis Senator Malaysia menyifatkan lawatan Obama ke Malaysia sebagai penghormatan kepada negara dan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 April, 2014.Majlis Senator Malaysia menyifatkan lawatan Obama ke Malaysia sebagai penghormatan kepada negara dan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 April, 2014.Majlis Senator Malaysia (MSM) kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan mempolitikkan kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di negara ini baru-baru ini.

Presiden MSM Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata golongan itu didapati melemparkan pelbagai tohmahan kononnya kerajaan menekan dan menghalang Obama daripada bertemu dengan pemimpin pembangkang.

Katanya tuduhan itu bukan sahaja tidak masuk akal, tetapi merupakan tohmahan liar dan tidak bertanggungjawab kerana tidak ada sebab bagi kerajaan berbuat demikian kepada tetamunya, apa lagi terhadap pemimpin sebuah negara kuasa besar.

"Namun, MSM berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Obama yang menghormati tuan rumah negara yang dikunjunginya. Sebagai pemimpin yang pernah menetap di Indonesia serta terdedah kepada budaya timur, MSM percaya beliau sangat memahami tradisi ini," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

MSM juga menyifatkan lawatan Obama sebagai penghormatan kepada negara dan rakyat.

"MSM percaya ini disebabkan Malaysia terkenal sebagai negara yang sentiasa mengamalkan sikap dan pendekatan kesederhanaan dalam menjalin hubungan serta menangani pelbagai isu dan konflik dengan negara-negara jiran, serantau dan antarabangsa," katanya.

Lawatan sulung tiga hari Obama ke Malaysia, kedua dalam tempoh 48 tahun selepas kunjungan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966, menyaksikan penerokaan pelbagai bidang termasuk perjanjian kerjasama bernilai RM6.53 bilion antara firma tempatan dengan Amerika dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans. – Bernama, 30 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved