Isnin, 14 April 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Azmin, Khalid dan Saifuddin merebut apa?

Posted: 13 Apr 2014 04:56 PM PDT

April 14, 2014

Penulis adalah seorang jurutera semikonduktor, wartawan freelance, penerbit dan editor buku motivasi yang suka mengikuti perkembangan politik Malaysia

Pemilihan timbalan presiden PKR adalah lebih menarik daripada pemilihan timbalan presiden parti-parti yang lain di Malaysia.

Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR kini dicabar oleh musuh ketatnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution.

Meskipun di atas kertas, ketiga-tiga calon ini seolah-olah merebut satu jawatan timbalan presiden.

Tapi sebenarnya, di antara mereka, yang tewas mempunyai kebarangkalian yang besar untuk dilantik ke jawatan setiausaha agong untuk memastikan parti tidak berpecah, dan yang menang amat berpotensi untuk memangku jawatan pemangku presiden sekiranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa masuk ke penjara.

Impak kekalahan Saifuddin

Saifuddin memasuki perlawanan timbalan presiden ini sebagai Setiausaha Agong PKR dan juga dilihat sebagai pasukan pilihan Anwar selepas membentuk pasukan dalaman bersama Rafizi Ramli dan anak sulung Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar.

Jika Saifuddin kalah, sudah tentu beliau akan kembali ke jawatan Setiausaha Agong parti. Lebih-lebih lagi apabila jawatan presiden dan ketua umum yang jauh lebih berkuasa akan kekal di tangan Anwar ataupun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kekalahan Saifuddin di tangan Khalid mahupun Azmin bakal menggegarkan penyokong Reformasi di PKR.

Akan tetapi, para penganalisa politik akan melihat perkara ini sebagai satu perkembangan positif untuk PKR kerana akhirnya akar umbi parti sudah bersedia bergerak daripada terlalu bergantung pada keluarga Anwar untuk membawa agenda dan menyatupadukan parti.

Kekalahan Saifuddin juga bermakna pembentukan pasukan untuk "memaksa" ahli-ahli PKR mengundi mengikut "menu" yang disediakan ditolak.

Dari sudut perpaduan parti, penyediaan menu sedemikian adalah tidak sihat kerana ia menggalakkan ahli-ahli parti saling membezakan antara diri sendiri berdasarkan sokongan dan kesukaan terhadap pemimpin.

Impak kekalahan Khalid

Khalid pula memasuki perlawanan timbalan presiden ini selaku menteri besar Selangor. Dari sudut parti, Khalid sebenarnya menyertai perlawanan ini sebagai seorang ahli PKR tanpa jawatan besar.

Di antara ketiga-tiga calon, Khalid adalah calon yang paling rilek. Tekanan pada beliau untuk memenangi jawatan ini adalah paling rendah di antara ketiga-tiga calon, kerana Khalid "has nothing to lose basically".

Khalid tidak kisah tewas dalam pertandingan ini, yang diambil berat ialah samada Azmin boleh ditewaskan mahupun tidak.

Jika Khalid tewas, beliau akan kekal seperti keadaannya sekarang – sebagai menteri besar Selangor tidak berjawatan besar di partinya sendiri.

Susah dibayangkan beliau akan dilantik menjadi Setiausaha Agong kerana sikap CEOnya. Khalid tidak berisiko untuk keluar PKR jika tewas kerana beliau masih adalah menteri besar.

Kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor juga sukar digugat kerana beliau mendapat sokongan padu daripada istana dan juga pihak yang menerima realiti politik Malaysia bahawa tiada apa-apa keuntungan yang boleh dicapai sekiranya hubungan menteri besar dengan istana adalah keruh.

Namun begitu, impak kekalahan Khalid pada pentadbiran Selangor akan ada. Iaitu samada Khalid akan menjadi lebih terbuka atau lebih tertutup untuk memastikan agenda bisnesnya untuk mengembangkan Selangor terlaksana sebelum persaraan beliau.

Sekiranya Azmin menang, ini bermakna duri dalam daging masih kekal seperti biasa untuk Khalid, dan ini boleh menyebabkan beliau menjadi lebih bersikap tertutup.

Impak kekalahan Azmin

Seperti Saifuddin, Azmin juga mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi Setiausaha Agong PKR sekiranya tewas.

Suka mahupun tidak, Azmin adalah satu aset penting untuk Anwar. Oleh itu, hati Azmin perlu dijaga dan tidak boleh dibiarkan tidak berjawatan di parti sehingga merajuk dan membawa kemungkinan keluar parti bersama pengikutnya yang ramai.

Sekiranya Azmin tidak dilantik menjadi Setiausaha Agong PKR, maka PKR kena bersedia untuk kehilangan Azmin dari parti.

Perlantikan Azmin sebagai Setiausaha Agong akan mendapat penentangan hebat daripada pasukan Khalid. Sekiranya Khalid menang di kerusi timbalan presiden, perkara ini akan menjadi lebih rumit namun tidak mustahil, kerana Anwar ada kuasa vetonya.

Jika Saifuddin menang, perkara akan menjadi lebih mudah.

Di antara ketiga-tiga calon, Azmin adalah calon "with the most to lose". Jika Khalid menang, sudah tentu Azmin juga akan kehilangan jawatan Pengerusi PKR Selangor. 

Dan bagi beliau yang belum pernah merasai kekalahan di dalam PKR, boleh beliau menerima tamparan hebat ini jika ditewaskan, lebih-lebih lagi jika pemenangnya ialah Khalid?

Dilemma Anwar

Dilemma Anwar sebenar di dalam pertarungan kerusi timbalan presiden ini ialah siapa akan jadi pemangku presiden PKR sekiranya beliau terpaksa masuk ke penjara.

Anwar perlukan seorang yang sanggup menjaga parti ketika beliau tiada tapi pada masa yang sama tidak mempunyai cita-cita untuk menguasai parti.

 "Langkah" artitek Langkah Kajang Rafizi untuk berpasukan dengan Saifuddin menunjukkan Setiausaha Agong PKR itu menjadi pilihan Anwar untuk diamanahkan tugas ini.

Saifuddin, Azmin dan Khalid adalah berlian bernilai untuk Anwar. Beliau tidak berharap untuk kehilangan mana-mana berlian ini.

Tapi untuk ketiga-tiga berlian ini berfungsi dengan baik, mereka perlu diletakkan di tempat yang sesuai untuk menjaga parti dan juga agenda Anwar.

Anwar perlu mengawal karenah ketiga-tiga berlian ini, dan beliau hanya boleh mencapainya sekiranya Saifuddin menang di kerusi timbalan presiden, Azmin dijinakkan ke kerusi lantikan iaitu setiausaha agong PKR dan Khalid menjadi menteri besar Selangor yang berubah sikapnya selepas kekalahan Azmin dicapai.

Hanya kemenangan Saifuddin akan membawa situasi win-win pada Anwar dan PKR – tiada orang yang keluar parti dan tiada orang yang bakal terus bertelagah sehingga melemaskan semua saluran parti.

Tapi ini bukan bermakna Azmin dan Khalid kurang layak menjadi timbalan presiden berbanding Saifuddin, tapi mereka mungkin hanya kurang sesuai dengan masalah yang sedang melanda Anwar kini.

Mengapa tidak membiarkan isterinya terus menjadi Presiden PKR sahaja? Selain sebagai insuran, ada juga kerisauan mengenai tuduhan "Sleeping Beauty" pada Dr Wan Azizah yang boleh mengugat kedudukannya sebagai Presiden PKR, lebih-lebih lagi apabila masih tidak terang siapa yang lebih berpeluang menjadi timbalan barunya. – 14 April, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Academic stress and teen suicide

Posted: 13 Apr 2014 04:41 PM PDT

April 14, 2014

Ying Hooi is attached with a local university. Her research interests cover the fields of civil society, social movements, protests, political participation, human rights and democratization.

Suicide among young people is a serious problem. According to the Malaysian Psychiatric Association, seven people kill themselves daily, with young adults making up the majority.

Just last week, 21-year-old Kolej Tunku Abdul Rahman student, Corson Lim, jumped from the 14th floor of an apartment in Wangsa Maju.

He was pursuing a bachelor degree in public relations. According to his friends, as reported in the Chinese-language news media, Corson was jovial and cheerful. However, he became depressed just few months before he decided to end his life. It was widely speculated that Corson suffered academic stress and went into depression before examination. It was also reported that he had in many occasions voiced out his intention to quit studies.

Last year, an accounting student from the same college as Corson's committed suicide after having to re-sit exam papers. He too was believed to have suffered from depression.

In Dubai, a 16-year-old boy committed suicide on the day of his exam. His body was found hanging from the terrace of his apartment.

Also, 16-year-old student doused himself with gasoline and set himself ablaze in the street in South Korea. He left a note indicating that he had performed badly in exams and felt bad to let his parents down.

Teen suicide is a universal problem, and occurs in different ways. Dozens of students killed themselves every year. One of the reasons is academic stress.

Teenagers go through a confusing period. It is common to have suicidal thoughts during this age. While some would manage to get over their disappointment over exam results and moved on, there are some who decided to end their life.

In this transition period, teenagers also face tremendous stress in adapting and adjusting, to establish their own personality and identity.

This group of young people face intolerable pressure from an education system that focuses heavily on academic grading. From an early age, they face immense pressure, be it from the parents or from their peers, to perform well in their examinations.

For instance, there are many Malaysian students who think their SPM results as the key to their career. There is then the pressure on them to do well in this public examination. Many are disappointed for not being able to fulfill their parents' expectations.

Teen suicide is, however, preventable.

In a research conducted by Flouri and Buchanan (2002), it is found that parental involvement plays a role in preventing suicide attempts.

Parents can help prevent suicide by recognising warning signs and most importantly, knowing how to communicate with their children.

Children are not examination machines. They need emotional support and understanding from their parents.

While academic grading is important, parents must realise that performing well academically does not promise a bright future. Success is not about scoring all As in the examinations, it is about having skills and good values. – April 14, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved