Selasa, 29 April 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Ziarah kembali ‘Kampung Kambing’  A Samad Said

Posted: 28 Apr 2014 04:44 PM PDT

April 29, 2014

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

Kehidupan dan kenangan masa lampau, segala peristiwa yang terjadi, orang yang pernah ditemui sebagai saudara mara dan sahabat dan semuanya, adalah nilai yang sangat berharga.

Lebih-lebih lagi kepada seorang seniman atau sasterawan.

Kehidupan dan nostalgia ini jika dinilai secara positif, sangat bermakna, justeru ia seperti bayangan wajah kita di air jernih, atau dicermin besar – yang tidak berbohong atau menipu, bahawa itulah sebenarnya kita.

Seterusnya bagaimana pula kita mentafsirkan kehidupan ini.

Sebab itulah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pernah menyatakan, "Tidak ramai manusia yang sempat memikirkan apa ertinya kehidupan mereka. Maknanya dengan caranya sendiri, dengan kehalusan seninya dan kekayaan imaginasi dan pemikirannya, penulis yang seniman berupaya menyingkapkan pengalaman baru kepada sesiapa sahaja yang meresapi atau menghayati karyanya."

Pemikiran yang beginilah yang mencetuskan idea A Samad Said untuk menulis novel 'Salina'nya.

Novel itu yang menjadi terkenal hingga ke peringkat antarabangsa, adalah potret kehidupan tidak sampai 10 tahun selepas Perang Dunia Ke-2 yang merempuh Singapura dan Malaya.

Kehidupan di zaman itu dengan segala kepayahannya dipenuhi bekas keruntuhan bangunan, rumah dan kedai beratap zink, bilik mandi dan tandas di luar.

Begitulah gambaran yang dilukiskan oleh novelis ini dalam novel 'Salina', dan di sanalah hadirnya watak wanita bernama 'Salina' di tengah masyarakat gelandangan, wanita yang menjadi 'hamba' seorang lelaki bernama Abd Fakar yang memaksa Salina mencari wang setiap malam untuk diserahkan kepadanya.

A Samad Said sendiri mendiami 'Kampung Kambing' untuk beberapa waktu di mana jirannya adalah penyair A S Amin.

Beliau sendiri memberi nama kawasan gelandangan itu sebagai 'Kampung Kambing' yang kemudiannya menjadi latar belakang novelnya itu.

'Kampung Kambing' itu terletak di sekitar kawasan Ranggon Road di tengah kota raya Singapura.

Saya mengunjungi kembali 'Kampung Kambing' ini baru-baru ini dalam lawatan ke Singapura untuk mengenang masa lampau, kerana saya sendiri pernah menemui A Samad Said dan A Amin di rumah mereka di situ. Ia semasa saya menetap di Singapura selama tujuh tahun – bekerja dan belajar.

Kini, keadaan 'Kampung Kambing' 'sama sekali 'hilang'. Ia menjadi sebahagian daripada kota raya Singapura yang moden.

Kawasan itu dipenuhi bangunan pencakar langit, stesyen MRT, kompleks membeli belah, pelbagai jenis kedai yang menjual barangan berjenama, restoran dan cafe.

Tidak ada lagi rumah teres yang panas dan sempit, berdekatan kandang lembu yang baunya terhidu setiap malam oleh penghuni 'Kampung Kambing' itu. 

Namun novel 'Salina' dan watak-watak di dalamnya akan terus dibaca dan ditafsirkan, bahawa ia adalah sebuah kehidupan yang benar.

Di sanalah A Samad Said sering bertemu dengan A S Amin, Nor S I dan Jimy Asmara dan bersama minum teh sarbat di Owen Roda, tidak jauh dari sana.

Saya sendiri melihat bahawa kenangan masa lampau itu tidak mungkin dapat dipadamkan, justeru ia seperti bayangan wajah kita di air jernih, atau dicermin besar – yang tidak berbohong atau menipu, bahawa itulah sebenarnya kita.

Novelis A Samad Said yang pernah menjadi guru saya menulis dan kemudian menjadi bos serta sahabat, dilahirkan di Belimbing Dalam, Melaka pada 9 April 1935, kemudian berhijrah ke Singapura bersama ayah bondanya.

Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura sebelum melanjutkan pelajarannya ke Victoria Institutionm juga di Singapura.

Oleh itu, menziarahi kembali 'Kampung Kambing', tempat yang menjadi latar belakang novel 'Salina' A Samad Said itu, saya kira sangat berharga.

Kini, lebih setengah abad berlalu, demikian ramai Angkatan Sasterawan '50 (Asas 50) yang memeriahkan dunia penulisan zaman itu yang berhijrah ke Malaysia atau meninggal dunia.

Namun nama-nama Keris Mas, Usman Awang, A Samad Ismail, Asraf, Awam El-Serkam,  Wijaya Mala, Jimy Asmara dan lain-lain adalah para tokoh Asas '50 yang terakam dalam sejarah.

Bagaimanapun, dunia penulis di Singapura terus berkembang hingga kini dengan cara dan keadaan yang berlainan dengan melahirkan ramai penulis berbakat.

Sejarah perkembangan sastera Melayu Singapura kini menampilkan kerencaman daripada segi kumpulan penulis dan karya yang dihasilkan.

Jelas sekali persuratan di Singapura masih kukuh merentasi zaman dan waktu. Cuma tumpuan terhadap penghasilan dan penerbitannya sahaja yang agak berbeza.

Namun demikian, ia tetap mendapat sokongan proaktif daripada pemerintah dan badan-badan swasta dalam melestarikan persuratan Melayu Singapura.

Demikian menurut kajian Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz dari Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang.

Menurutnya, sokongan padu pemerintah dalam hal pertumbuhan dan perkembangan sastera Melayu Singapura tidak dapat disampingkan kerana peranan utama ini juga menghasilkan lima penerima anugerah terunggul Asia Tenggara, iaitu SEA Write Award daripada raja Thailand.

Mereka adalah Muhd Ariff Ahmad, Masuri SN, Abdul Ghani Hamid, Suratman Markasan dan Mohamed Latiff Mohammed.

Para penerima ini adalah golongan mapan yang menjadi citra sastera Melayu Singapura sepanjang zaman dalam bidang masing-masing yang mereka suburkan melalui Asas '50 dan institusi lain amnya.

Menurut kajian beliau lagi, Sastera Melayu Singapura umumnya dibentuk oleh dua komponen utama, iaitu akhbar dan Anugerah Persuratan.

Jelas sekali, katanya, peranan akhbar selaku wahana bagi bahan kreatif dan kritikan sangat menggalakkan.

Melalui akhbar, banyak bakat-bakat baru dalam penulisan lahir dan digalakkan.

Sejak tahun 1965 hingga kini, dianggarkan sejumlah 3200 buah karya dalam bentuk cerpen dan sajak yang dihasilkan dalam akhbar sahaja.

Jumlah ini tidak termasuk terbitan di majalah, jurnal mahupun buku dan antologi.

Menurut Mohamed Pitchay Gani  lagi, para penulis sastera Melayu Singapura yang prolifik sebenarnya mencapai kemuncak pada tahun 70-an, kerana pada zaman tersebut lahir lebih kurang 40 penulis baru dalam dunia sastera Melayu berbanding dengan yang ada iaitu lapan bagi tahun 60-an, 14 bagi tahun 80-an dan tujuh bagi tahun 90-an.

Jelas sekali tahun 70-an tahun emas bagi sastera Melayu Singapura kerana ledakan daripada kesuburan jumlah penulis pada zaman tersebut menjadi asas kepada peningkatan kegiatan dan penerbitan bagi tahun yang selanjutnya.

Kini, penulis baru Singapura yang menyerlah sejak tahun 90-an ialah Alfian Sa'at, Chairul Fahmy Hussaini, Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, Muhammad Rafi Bin Abu Bakar, Rohani Bte Din, Shaffiq Bin Selamat dan Aidli 'Alin' Mosbit.

Mereka ini diharapkan akan terus berkarya dan saya kira, Sasterawan Negara A Samad Said tentu merasa gembira dengan kemajuan ini, walaupun tiada lagi 'Kampung Kambing' untuk menjadi latar belakang novel Melayu akan datang. – 29 April, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Learn to beat the bus the Barca way

Posted: 28 Apr 2014 04:26 PM PDT

April 29, 2014

As a player, Shebby Singh won everything there was to win in Malaysia football, and represented the country on the international stage.

It used to be a single bus, now it has become two buses, according to Brendan Rodgers.

Very soon it will have to be decided if the buses in question are single or of the double-decker variety. But more about the Mourinho Express later.

At the end of the day, it is about defensive discipline. And this was in abundance when Barcelona played Villareal late Sunday night.

The Catalans, struggling with emotions after the passing of Tito Villanova, had to contend once again with trying to break down a tight defence.

The Spanish giants have had to deal with negative football too many times over the years. Yet, they turn up every week knowing they are going to break teams down, teams that only set out to stifle instead of expressing themselves.

The boys from Barca come prepared with a mentality of needing patience and composure, instead of constant trickery and fluidity.

Quite possibly, Barcelona are the only team in the world who face opponents happy to defend deep every week. They never complain.

They get on with their job of keeping possession and being patient.

And last night, Villareal finally cracked despite taking a deserved two-goal lead courtesy of counter-attacking moves coming good. A cruel double deflection and a header from a badly-positioned defender brought Barca back into the game and Leo Messi finally sealed the win.

However, just a few hours earlier, at Anfield, the home team had been defeated by an opponent they could not break down, despite enjoying better possession and a massive margin in shots at goal.

For all that has been said and done, Chelsea are under no obligation to attack or even to try to play at Anfield.

Jose Mourinho, ever the Reactive One, is special in what he does, but it does not mean that what he does is not boring to watch. It works, and that is what matters in football.

But if one were to analyse the match further, it becomes obvious that the lack of European football has meant there is no variation in tactics by Brendan Rodgers.

He has perfected the game plan of attacking teams with a fast brand of progressive football. He has caught the English Premier League by surprise by being a breath of fresh air in what has become a stuffy league.

This, however, has caught up with Liverpool, and it was never more apparent than against Chelsea that space and time in the defensive third of the pitch is a commodity.

It certainly is going to be the norm when Liverpool return to European football at the highest level next season. There will be quite perhaps the time when Rodgers will have to apply the same negative tactics too, akin to those that Rafael Benitez applied with varying degrees of success during his tenure at Anfield, both in Europe and in England.

Even the great Real Madrid had to resort to a very deep and compact defensive formation when they hosted and beat Bayern Munich in the first leg of the UEFA Champions League semi-final last Wednesday.

Certainly, it has been a major lesson learnt for Rodgers and we can forgive his bitterness, which is probably a spur of the moment reaction. If not for the calamitous mistake by Steven Gerrard, it could well have been a goalless draw.

The cruel irony of the Liverpool stalwart, inspiring with his "We won't let this slip" cry post-Manchester City, but did exactly that as he was the victim of a poor first touch. Demba Ba made no mistake and Liverpool then peppered Chelsea to no avail.

The comfort with which Chelsea sat back was unnerving for the Anfield crowd, Branislav Ivanovic imperious at centerback. The Serbian fullback was at ease facing off Raheem Sterling and Coutinho's direct runs.

Alongside him, the young Czech talent Tomas Kalas – making his debut in place of an injured John Terry - and his first ever Premier League assignment was Luis Suarez. The final result tells us he succeeded. Speed and a good sense of positioning makes him a defender to watch for the future.

Gerrard peppered Mark Schwarzer's goal with shot after shot, but the lack of conviction behind them was apparent. With each passing shot, Gerrard grew more and more frustrated, most visibly crumpling to the ground after a brilliant opportunity to head for goal was wasted with a meek header instead.

Ultimately, with all feet on deck, that is in the Chelsea half, the Blues grabbed a second when Fernando Torres and Willian broke into the Liverpool half unmarked, leaving just 50 yards and Simon Mignolet between them and the goal.

Torres unselfishly set Willian for the tap-in, and one wonders if the thought crossed the Spaniard's mind to go for goal himself. But one prefers to think he just did not want to be the one to hit the final nail into his former club's disappointing night.

The Premier League title is still Liverpool's to play for and expect them to be smarter in their ways.

Manchester City have to win their three remaining fixtures – Everton (away), Aston Villa (home), West Ham United (home) – and Liverpool fans will be looking to their Merseyside neighbours for a massive favour on Saturday.

However, the question still lingers – could Chelsea snatch it in the end? This season is far from over. – April 29, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved