The Malaysian Insider :: Bahasa |
Perbincangan hudud secara ikhlas, rasional mantapkan perpaduan, kata Mustapa Posted: 01 May 2014 01:58 AM PDT Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata pendekatan itu boleh mengurangkan ketegangan perbezaan pendapat dalam masyarakat mengenai pelaksanaan hukum Islam itu. "Apabila isu hudud ini dibincangkan secara ikhlas dan rasional, kita dapati suhu ketegangan di kampung-kampung turun sedikit, ini baik untuk perpaduan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2014 di Pusat Transformasi Luar Bandar Kelantan, Kota Baru, hari ini. Sebelum ini dilaporkan, kerajaan PAS Kelantan melalui ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berkata kerajaan persekutuan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukum yang ditetapkan Allah SWT, namun banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum itu. – Bernama, 1 Mei, 2014. |
Peserta himpunan anti-GST mula cetus provokasi Posted: 01 May 2014 01:52 AM PDT Tinjauan Bernama mendapati terdapat peserta yang memenuhi jalan raya di sekitar Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, turut mencerca dan memukul gambar pemimpin negara pada kain rentang yang dibawa dengan menggunakan selipar. Mereka turut menyanyikan lagu dengan lirik berunsur menentang kerajaan, selain terdapat kalangan mereka yang membawa kain rentang, pembesar suara dan kanak-kanak, yang menyalahi syarat APA 2012. Lagu-lagu itu, dengan diiringi sebuah kugiran, memasukkan lirik seperti "kangkung, bantah CBP, tolak CBP, hancur BN dan kuasa rakyat". Peserta perhimpunan juga dilihat membuang sampah merata-rata di sekitar lokasi perhimpunan, manakala para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kelihatan bersiap sedia bagi membersihkan kawasan berkenaan selepas perhimpunan yang dijangka berakhir 5 petang ini. Tinjauan turut mendapati sebuah helikopter milik polis dilihat berlegar-legar di udara bagi membuat tinjauan perhimpunan itu. Sementara itu, Jalan Tuanku Abdul Rahman ditutup ketika ini dan trafik dilencongkan ke Jalan Raja Laut. – Bernama, 1 Mei, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan