The Malaysian Insider :: Bahasa |
Tiada bon diterbitkan bagi MAS, kata KWSP Posted: 20 May 2014 03:04 AM PDT "Akta KWSP 1991 tidak membenarkan KWSP menerbitkan bon," katanya dalam satu kenyataan hari ini. KWSP juga berkata bentuk pembiayaan terakhir yang disediakannya bagi syarikat penerbangan nasional itu adalah pada tahun 1994, yang dibayar sepenuhnya pada 2004. Satu laporan minggu lepas menyebut KWSP menyuntik wang ke dalam MAS kerana syarikat penerbangan itu menghadapi masalah kewangan disebabkan oleh kehilangan Pesawat MH370. – Bernama, 20 Mei, 2014. |
SPR nafi dakwaan DAP, Borang 14 diguna seperti biasa Posted: 20 May 2014 02:48 AM PDT Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata PRK Teluk Intan juga mengamalkan standard piawaian operasi (SOP) yang biasa diamalkan dalam sesebuah pilihan raya yang dijalankan di Malaysia. "Bagaimana timbul isu tidak disahkan? Memang KTM akan mengesahkan kerana dia bertanggungjawab di bilik itu. Dakwaan mereka bohong sama sekali," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. DAP hari ini mendakwa SPR mahu memansuhkan prosedur pengesahan Borang 14 oleh KTM selepas kiraan undi selesai dijalankan. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata pendekatan yang digunakan SPR dalam PRK Teluk Intan kali ini sengaja digunakan Umno bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya. "Umno mempunyai motif supaya DAP tewas tidak kira dengan apa cara sekalipun. Kita sudah lihat politik kotor yang timbul dalam media sosial dan surat khabar. "Kita rasa jika Borang 14 tidak perlu disahkan dan ini kali pertama dalam sejarah Malaysia diterima kemungkinan pilihan raya kecil yang kotor akan berlaku," katanya pada sidang media di bilik gerakan DAP di Teluk Intan hari ini. Abdul Aziz berkata proses pengundian dan pengiraan undi sememangnya dipantau rapi dan segala penjumlahan undi akan direkodkan dalam Borang 14. "Di Teluk Intan, prosesnya sama. Tiada perubahan. Proses mengundi ini dipantau. Apabila bilangan undi diketahui maka dipindahkan ke Borang 14. "Sebelum KTM tandatangan, wakil calon akan melakukan semakan bersama-sama," katanya yang sempat mengkritik pemilihan PKR lebih buruk daripada pilihan raya yang dijalankan SPR. – 20 Mei, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan