Selasa, 20 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


MH370 movie: the vanishing act

Posted: 19 May 2014 07:01 PM PDT

May 20, 2014

Rushdi believes that a change agent must tell the truth to a benevolent dictator, religious hardliner, and compassionately connect with youth and have nots.

It was inevitable that a movie, not a documentary, would be made from the disappearance of flight MH370!

But, who would 'dare' to put a tragedy without evidence on the silver screen? Would it be Hollywood? Bollywood? Nollywood?

MH370 was not only the lead story in many western news organizations globally, beyond CNN's obsession, but also the number one trending topic on many social media for sustained period of time, and it quickly reached the five corners of the world. Thus, the film would naturally feed into the curiosity-cum-information vacuum and may confirm theories for a segment of opinions.

Even if the whereabouts of MH370 are located before the movie is released in August, many people will still make an effort to see the movie. For more than anything else, it will provide imagination colour, and may, just may, provide closure for some.
Imagination of the director on:

-Passengers travelling with the stolen passports

-Security screening at KLIA, cargo manifest, etc.

-Relationships of captain (with the simulator), co-captain, and cabin crew

-Pre-flight plane checks

-Selected Business/Economy class passengers that figure into the story and sub-stories

-Portrayal of Press Briefing by Hishammuddin Hussein, Minister of Defense and Acting Minister of Transport

Will the trailer be allowed to be viewed in Malaysia and/or China?  If not, it will be the greatest public relations publicity for the movie! Many people will spend money to go to another country where its premiered! The black/grey market will also address the demand!

Cannes Film Festival

On May 18, the UK's Mirror reported Bollywood Director, Rupesh Paul, put together a US$3.5 million (RM11.24 million)  trailer for the MH370 movie, The Vanishing act, for the Cannes Film Festival.  That $3.5M investment may be a very smart move, as raising money for the movie to be shot in US, India, etc., will not encounter the usual fund raising obstacles! Investors may be counting their money even before investing, but there is a caveat and it involves contingency-fee based lawyers!

The spark for the movie, to be released in August, was an unnamed Malaysian journalist, who contacted Rupesh Paul about his theory concerning the disappearance, and a fictional trailer was made in record time, the screen play took three weeks and the shooting took six days in an actual plane in Bombay.

The trailer comes across as an intense undertaking of part horror film, part action-thriller, part scorned characters, and part entrenched interpretation of a higher being.

Observations

The fast-track speed which the trailer came out within alleged sensitivities towards the families of the victims is a 'Houdini-like tight ropewalker across Niagara Falls' balancing act.

[If it becomes accepted without massive back-lash, does it act as an template for other recent external shock events, like Putin and Ukraine, Hafez/Baashar  and Syrian genocide, Malala and Taleban,  or even former deputy prime minister of Malaysia and his vocal boss?]

The initial thought that came to mind, in today's age of lawsuits and counter-suits, is there some sort of permission required to make such a movie? If so, from whom: MAS/Malaysian government, families of victims, etc?  Now, is it reasonable to expect lawyers will go after the movie revenue on behalf of victims, and collect their contingency fee?

Second, the world has not found a trace of MH370, conspiracy theories abound, and we now have a trailer about what could have happened.  Is the movie  a stop gap filler  when information is not forthcoming, too little, or is incorrect?

The biggest concern of the director is, when/if MH370 found, his movie theory is incorrect. But, it is a fictional movie, hence, he covers his tracts and tracks with the usual disclaimers for self protection.

Third, the unnamed Malaysia journalist reached out to an Indian director with a theory, hmm, why? Did this person have access to some insights or inside information?  The comment is not meant to "inflame passions for a witch hunt?" 

Would the journalist not be taken seriously in the Malaysian movie industry? Or is this too politically charged for Malaysia to undertake? The movie may challenge the Malaysian narrative and control, as perceptions may be coloured or discoveries clouded going forward about MH370.

Conclusion

As journalists have a certain code of integrity that they must abide by, does the movie industry, from Hollywood to Bollywood, have a similar responsibility to, say, family of the victims when the search for the evidence is still work in progress?

Will the "magic" of Bollywood provide some answers to the Vanishing MH370? Will it inflame passions against the airline? Governments?

We understand the motivation of the director, getting to the truth, but we have have not heard from him if percentage of the movie revenue will go to a trust fund for the families of the victims?

This trailer will produce many comments, good, bad and ugly, and it will set up for a very charged release! – May 20, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

P Ramlee sebagai pemikir budaya

Posted: 19 May 2014 04:37 PM PDT

May 20, 2014

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

Kadang-kadang ada ketikanya saya merasa hendak keluar seketika – hanya seketika - daripada memikirkan persoalan politik tanah air yang saya kira sangat tajam dan semakin berkecamuk serta membingungkan, tidak manusiawi, seperti tidak ada penyelesaiannya.

Maka itu, saya mendengar kembali melalui YouTube lagu-lagu lama seniman agung P Ramlee – antaranya Joget Si Pinang Muda, Tanya Sama Hati, Anakku Sazali, Beginilah Nasib Diriku dan beberapa lagu lain yang sangat popular kerana bumbu seninya demikian tinggi.

Secara kebetulan, pada awal 60-an di Singapura ketika saya bekerja di beberapa penerbitan sambil belajar di Sekolah Inggeris, Jalan Daud, di sebelah malam, di sana saya sering bertemu dengan Allahyarham.

Lebih-lebih lagi ketika bekerja selama setahun dengan majalah yang diterbitkan oleh Allahyarham P Ramlee sendiri - Gelanggang Filem.

Pemimpin majalah itu ialah novelis Abdullah Hussein (Sasterawan Negara) dan saya bekerja di sana selama setahun.

Bersama penyair A S Amin - sahabat karib Sasterawan Negara A Samad Said – yang menjadi pengurus majalah tesebut, kami sering menemui Allahyarham P Ramlee, sama ada di studio Jalan Ampas atau di rumahnya di Macpherson Road.

Biasanya jika tidak ada kelas, saya ke rumahnya untuk menyaksikannya bermain piano dan menggubah lagu.

Lagu-laginya sentiasa popular, kerana nilai estetiknya yang tinggi, adunan irama lama dan baru, liriknya yang sangat menarik.

Umpamanya lagu 'Kenek-Kenek Udang', lagu rakyat Terengganu yang diberi nafas baru, dengan liriknya disusun semula oleh Jamil Sulong.

Maka pada 29 Mei ini genap 41 tahun pemergiannya, tetapi lagu-lagunya dan filemnya yang banyak mengandungi sindiran tajam dan kritik sosial, masih terus diminati oleh kalangan generasi lama dan baru.

Karya seninya ini terus segar justeru beliau adalah seniman luar biasa yang versatil di mana setakat ini belum tandingannya.

Saya teringat kembali di masa lampau ketika menyaksikan shooting filem Seniman Bujang Lapok di Studio Jalan Ampas di mana P Ramlee dan teman rapatnya – Allahyarham S Shamsudin dan Aziz Satar yang meminggal dunia tidak lama dulu beraksi dengan penuh lucu.

Di sana juga saya menyaksikan bagaimana pelakon Ahmad Nisfu dengan penuh lucu menjalankan peranan sebagai 'Direktor Ahmad Nisfu' yang menjadi bingung dan hampir pitam gara-gara kelakuan tiga bujang lapok – P Ramlee, S Shamsudin dan Aziz Satar itu.

Ahmad Nisfu adalah pelakon watak yang sangat menarik. Ketika bersara daripada berlakon, beliau bertugas sepenuh masa sebagai muazzin di masjid Onan Road, dekat Geylang hingga akhir hayatnya.

P Ramlee sering mengambilnya berlakon dalam filemnya kerana mimik muka dan karekternya yang lucu.

Kejayaan P Ramlee juga kerana dibantu oleh ramai sahabatnya, seperti Ahmad Nisfu, Sudarmadji dan lain-lain.

Maka ketika di Jalan Ampas, seniman besar ini sangat berjaya dan mengharumkan nama negara dan bangsansanya.

Ketika menerima Bintang Kehormatan AMN daripada Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur, Almarhum Pendita Za'aba mengucapkan tahniah kepada P Ramlee dengan berkata "Awak mengharumkan nama bangsa Melayu."

Itulah P Ramlee di zaman gemilangnya dan tidak ada siapa pun yang menyangka pada waktu itu bahawa seniman agung ini menghadapi zaman suramnya hingga akhir hayat ketika menetap di Kuala Lumpur.

Di sinilah, mereka yang tahu mengenai P Ramlee mengingati bahawa pada zaman 'mewah'nya di Jalan Ampas, pelbagai jenis orang mengadu susah kepadanya, meminta pertolongan darinya, khususnya meminta wang untuk membeli makanan atau wang tambang pulang ke kampung.

Semua tidak dihampakannya. Itulah P Ramlee yang pemurah.

Nama penuh seniman ini, Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Teuku Karim, berasal dari Lhokseumawe, Aceh, Sumatera dan membuka perniagaan di Pulau Pinang.

Ibunya benama Che Mah Hussein. P Ramlee lahir di Counter Hall Road,  Pulau Pinang, 22 Mac 1929, selepas fajar dalam dingin pagi ketika umat Islam bertakbir menyambut Aidilfitri.
Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1974 setelah diserang sakit jantung.

Ketika di Singapura, saya sering melihat beliau bekerja, sangat teliti, berfikir dan berfikir lama sebelum menyusun skrip dan menggubah lagu.

Sebab itulah beliau pernah menyatakan kesal yang amat sangat ketika ada penulis di Kuala Lumpu yang menulis di sebuah majalah bahawa kononnya, "P Ramlee hanya seorang seniman, bukan pemikir budaya."

Lalu dengan nada kesal beliau memberitahu saya, "Penulis ini tidak tahu apa yang dia tulis. Bukanlah aku berfikir ketika menulis skrip, menggubah lagu, malah ketika berlakon, 'Macam mana penulis ini mengatakan abang hanya seniman bukan pemikir budaya.'" 

Bagi P Ramlee ini suatu penghinaan kepadanya.

Ketika di Singapura, beliau banyak menulis kertas kerja mengenai seni filem dan muzik untuk pelbagai seminar anjuran badan budaya di sana.

Tetapi, biasanya kertas kerjanya hanya dua muka surat, tetapi ketika membentangkannya sendiri kadang-kadang memakan masa hampir sejam setengah menghuraikannya dan beliau boleh berhujah dengan baik dengan stail dan jenakanya.

Dia pernah menunjukkan kepada saya dua helai kertas kerjanya mengenai seni budaya Melayu dan saya dimintanya membetulkan ejaannya.

Saya bertanya mengapa dua helai saja kertas kerja ini. Lalu P Ramlee menjawab, "Abang boleh syarahkan sampai dua tiga jam. Jangan bimbang."

Allahyarham menguasai hampir semua bidang seni – menyanyi, menggubah lagu, berlakon, bermain alat muzik dan segalanya.

Para tokoh seni yang paling banyak membantunya, antaranya, ialah S Sudarmadji, Jamil Sulong, penggubah lagu Kasim Masdor, Yusuf B., Othman Ahmad, penulis lirik Yusnor Ef dan lain-lain.

Kadang-kadang sambil minum kopi o ais di warung Jalan Ampas, dia menyanyikan lagu yang baru digubahnya.

Kemudian berhenti sebentar untuk mengunyah roti yang dikukus dan dibubuh telur masin di dalamnya. Itulah kegemarannya ketika bersarapan.

Pernah pada suatu hari beliau memberitahu sambil menunjukkan sebuah akhbar Melayu.

Dengan nada marah, kesal dan kecewa beliau memberitahu bahawa ketika beliau menang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia di Tokyo kerana lakonannya dalam filem 'Anakku Sazali' akhbar itu menyiarkan gambarnya sangat kecil dan di muka belakang pula serta tersorok.

Tetapi, katanya, waktu beliau di saman kerana lambat membayar cukai pendapatan, akhbar itu menyiarkan gambar dan beritanya begitu besar di muka depan.

"Adilkah macam ini, mengapa akhbar ini buat macam ini," tanyanya.

Semasa hayatnya, Allahyarham sangat ingin mengarahkan filem berunsur agama, 'Hidayah' di mana skripnya sudah
pun disiapkannya.

Malangnya, tiada siapa yang hendak membiayai penerbitannya. Maka cita-citanya itu tidak kesampaian hingga akhir hayatnya.

Bagaimanapun P Ramlee, kawan-kawan dan karyanya terus dikenang oleh generasi baru dan lama sebagai seniman dan pemikir budaya. – 20 Mei, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved