Selasa, 27 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Nama Mah tidak ada dalam senarai calon senator, kata timbalan presiden Gerakan

Posted: 27 May 2014 05:21 AM PDT

May 27, 2014

Calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong bercakap dengan pihak media di kawasan pengundian awal PRK Teluk Intan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014.Calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong bercakap dengan pihak media di kawasan pengundian awal PRK Teluk Intan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014.Dakwaan bahawa Datuk Mah Siew Keong akan dilantik sebagai senator jika kalah pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah tidak benar kerana nama calon Barisan Nasional (BN) itu tidak disenaraikan untuk mengisi jawatan itu.

Timbalan Presiden Gerakan, Dr Cheah Soon Hai hari ini menjelaskan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu beberapa bulan lepas mencadang nama calon lain bagi mengisi jawatan itu.

"Mah menolak untuk dicalonkan (sebagai senator), jadi persoalan bahawa Mah akan dilantik sebagai Senator tidak pernah timbul," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kempen DAP yang mendakwa jika calon DAP menang, penduduk di kawasan Parlimen Teluk Intan tidak akan rugi kerana calon BN boleh dilantik menjadi senator dan mempunyai suara di Parlimen.

Sementara itu, Mah dengan tegas mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak akan menjadi senator dan dua nama calon lain dicadangkan bagi mengisi jawatan itu.

"Sebagai presiden (Gerakan), sekali lagi, saya mahu katakan jika saya kalah, saya tidak akan jadi senator. Tidak kemasukan ikut jalan belakang bagi saya.

"Saya tidak mahu, saya sudah katakan, saya tidak mahu," tegasnya.

Mah berkata beliau mahu menjadi ahli Parlimen Teluk Intan bagi memudahkannya membantu penduduk kawasan itu.

"Saya mahu menjadi anggota Parlimen kerana saya rasa banyak yang saya boleh lakukan bagi membantu penduduk Teluk Intan. Saya mahu mewujudkan tabung bagi membantu golongan miskin, ibu tunggal serta golongan kurang upaya. Itulah harapan saya untuk penduduk Teluk Intan," katanya.

PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mah dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. – Bernama, 27 Mei, 2014.

PRK Teluk Intan: 95.61% pengundi awal mengundi hari ini

Posted: 27 May 2014 05:03 AM PDT

May 27, 2014

Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud (tengah) berada di tempat pengundian awal PRK Teluk Intan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014.Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud (tengah) berada di tempat pengundian awal PRK Teluk Intan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014.Sebanyak 95.61% atau 392 daripada 410 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak hari ini.

Pengarah SPR Negeri Perak Ahmad Adli Abdullah berkata proses pengundian awal yang bermula sejak 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar.

"Selain itu ejen calon, penyokong dan calon parti itu sendiri memberikan kerjasama yang baik," katanya kepada pemberita selepas pusat pengundian awal itu ditutup.

Katanya peti undian awal yang dimeteri itu kemudiannya dibawa ke Majlis Perbandaran Teluk Intan untuk disimpan di dalam peti besi sebelum kiraan kertas undi dilakukan pada Sabtu ini bersama kertas undian pengundian biasa.

Beliau menggesa penyokong dan parti politik yang bertanding serta calon yang bertanding supaya sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang pilihan raya bagi memastikan keseluruhan perjalanan PRK Teluk Intan berjalan dengan baik.

"Sekali lagi saya ingatkan supaya parti politik tidak mewujudkan 'barung panas' di kesemua pusat pengundian pada Sabtu ini kerana ia tidak dibenarkan. Mereka juga diminta untuk mengawal penyokong mereka pada hari berkenaan," katanya.

Ahmad Adli berkata SPR akan membuat persiapan terakhir bagi proses pengundian biasa pada Jumaat ini di SMK Abdul Rahman Talib bermula pukul 8 pagi.

"Pada hari pengundian Sabtu ini, kita menjangkakan SPR akan mula menerima Borang 14 (yang mengandungi maklumat keputusan pengiraan undi) pada pukul 6.30 petang, selain itu bagi Parlimen Teluk Intan ini ada juga pusat pengundian yang jauh dari pusat penjumlahan rasmi undi yang dibuat di sekolah yang sama," katanya.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. – Bernama, 27 Mei, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved