Rabu, 28 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pertahan undi PRU13 cukup untuk Dyana menang, kata PAS

Posted: 28 May 2014 02:54 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
May 28, 2014

PAS hari ini melihat bantuannya untuk membantu kemenangan calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud cukup sekadar mempertahankan jumlah undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata generasi muda lebih cenderung menerima pencalonan Dyana Sofya dalam DAP berbanding mereka yang lebih berusia memerlukan sedikit masa.  

"Strategi kami adalah mempertahankan undi yang diperoleh semasa pilihan raya umum lalu mencukupi bagi menjamin kemenangan Dyana.

"Apa yang kita temui, penerimaan generasi baru baik terhadap Dyana. Saya tidak bimbang untuk mengubah persepsi kerana ia tidak boleh diubah dalam jangka masa pendek," katanya dalam majlis ramah mesra media di Teluk Intan hari ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pada minggu lalu melihat DAP sebagai "underdog" dalam PRK Teluk Intan dengan mensasarkan pencapaian 40%.

Namun, pada sidang media semalam, Lim berkata peratusan itu meningkat kepada 60% dan percaya akan melonjak menjelang tempoh akhir berkempen. – 28 Mei, 2014.

MENYUSUL LAGI

Dewan Negara Perak bakal lantik Sultan baru

Posted: 28 May 2014 02:44 AM PDT

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
May 28, 2014

Satu persidangan khas Dewan Negara Perak bakal diadakan bagi melantik penganti Sultan Azlan Shah yang mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Menurut Pengarang Adat Pusaka, Raja Raja dan Orang Besar-Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, Adib Vincent Tung Abdullah, pertemuan itu akan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Ahli Dewan Negara terdiri daripada Sultan, Raja Muda, Raja di Hilir, Raja Kechil Besar, Orang Besar Empat (4), Orang Besar Lapan (8), menteri besar dan mufti.

Ia turut mempunyai 11 lagi orang lama dan bukan Islam menganggotai Dewan Negara.

Adib berkata Bendahara (antara paling kanan dalam Orang Besar Empat) akan mempengerusikan sidang itu.

Beliau berkata mengikut Artikel 6 Perlembagaan Negeri, pilihan pertama yang akan dilantik menjadi Sultan adalah di antara Raja Muda dan Raja di Hilir.

Katanya, Dewan Negara juga boleh memilih mana-mana empat Raja-Raja Bergelar.

Keempat Raja-Raja bergelar adalah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah and Raja Kechil Bongsu dan dua kedudukan terkini adalah kosong.

Ketika ini, Raja Nazrin Shah adalah Raja Muda dan Raja Di Hilir pula adalah Raja Jaafar Raja Muza.

Kedua calon ini akan meninggalkan bilik mesyuarat supaya ahli lain boleh membuat keputusan.

Adib berkata Bendahara akan mengumumkan pelantikan Sultan baru selepas beliau menerima pelantikan.

Tugas seterusnya bagi Dewan Negara adalah menguruskan upacara pengebumian. – 28 Mei, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved