Rabu, 28 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Dari Bukit Gelugor ke Teluk Intan

Posted: 27 May 2014 07:54 PM PDT

May 28, 2014

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.

Calon kita

PAS telah melantik saya sebagai pengarah operasi pilihan raya kecil Bukit Gelugor dalam mesyuaratnya pada bulan awal Mei untuk menerajui jentera pilihan raya PAS.

Saya menerimanya apatah lagi sebagai yang dipertua PAS Bukit Gelugor dan anak tempatan Bukit Gelugor perasaan ingin berkhidmat merangsang saya untuk menerimanya.

Apalah sangat PRK Bukit Gelugor untuk PAS kerana ia hanya bertindak sebagai kumpulan sokongan sahaja kepada gerak kerja utama yang diterajui oleh DAP Pulau Pinang.

Walaupun demikian saya meletakkan gerak kerja PAS seolah-olah PAS yang bertanding manakala pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga timbalan presiden PAS mengeluarkan kenyataan awal bahawa "calon PAS" yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor dan beliau hanya memakai lambang roket sahaja.

Kenyataan itu mempunyai makna yang mendalam kerana ia adalah deklarasi sokongan penuh PAS kepada calon DAP iaitu Ramkarpal Singh.

Kenyataan itu mempengaruhi gerak kerja kami dan saya menyampaikan hasrat itu beberapa kali dalam mesyuarat operasi jentera pilihan raya.

Masa yang tepat

PRK Bukit Gelugor diadakan atas kematian penyandangnya Karpal Singh yang maut dalam kemalangan. Beliau memenangi dengan majoriti besar hampir 42 ribu dalam pilihan raya umum yang lepas.

Entah apa hikmahnya PRK kali ini datang dalam suasana PAS dan DAP bertegang leher buat sekian kalinya tentang isu hudud yang muncul semula setelah agak lama menyepi.

Ia pada satu tahap telah meretakkan hubungan Pakatan Rakyat yang selama ini terbina atas persefahaman Common Policy Framework (CPF) yang ditandatangani pada tahun 2009 di Shah Alam.

Menyedari situasi ini pengarahan supaya jentera PAS keluar semaksima tenaga membantu calon DAP diharapkan dapat meredakan keadaan.

Begitulah jentera kami didorong untuk bekerja demi PR dan memberi gambaran yang meyakinkan bahawa isu hudud di Kelantan tidak akan menjejaskan hubungan ini. 

Teluk Intan pula

Dalam kesibukan menyediakan tapak bekerja bagi Bukit Gelugor, satu lagi PRK terpaksa dijalankan atas kematian penyandang dari DAP juga iaitu di Parlimen Teluk Intan.

Di atas kepentingan strategi, kerana PAS mempunyai satu Dun di bawah Parlimen Teluk Intan yang dimenanginya pada PRU 2008 dan kemudian kalah pada PRU 2013, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat memutuskan untuk membahagikan petugasnya dari seluruh negara antara PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan.

Dengan strategi itu saya sebagai pengarah operasi PRK Bukit Gelugor hanya menerima empat buah negeri untuk bertugas di Bukit Gelugor iaitu Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.

Lagipun kerja kami lebih tertumpu kepada empat daerah mengundi yang majoritinya adalah pengundi Melayu yang terdiri daripada 11 ribu pengundi.

PRK Bukit Gelugor bermula seminggu lebih awal dari Teluk Intan dan saya berbangga kerana pada malam penamaan calon Tuan Guru Datuk Seri presiden PAS sudi hadir untuk melancarkan  pusat operasi jentera PAS di Sungai Gelugor dan keesokannya bersama pimpinan DAP yang lain mengiringi calon Ramkarpal pada hari penamaan calon.

Presiden PAS kelihatan sungguh bertenaga pada pagi 12 Mei itu dan menunjukkan semangat "comrade-in-arms" pada calon DAP.

Catatan di Bukit Gelugor

Bagi saya, PRK ini penting untuk PR kerana kita boleh membuat satu kayu pengukur kepada keberkesanan dasar kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya kepada pengundi Melayu.

Penting untuk PAS menilai sejauh mana strategi mendapat sokongan Melayu dalam kerangka Pakatan Rakyat kerana inilah yang menjadi batu penghalang untuk PR menguasai pengundi Melayu.

Apakah isu "DAP anti-Melayu" benar-benar termakan oleh pengundi Melayu atau ianya senjata tumpul Umno?

Secara peribadi saya melihat momokan ke atas DAP tidak banyak mempengaruhi ke atas rakyat biasa kerana mengambil sampel Sungai Gelugor sebagai satu daerah mengundi yang majoritinya 80% Melayu, bendera DAP boleh dilihat dipasang merata tempat malah kempen ziarah perdana yang kami lancarkan di situ mendapat sambutan dan tiada insiden memaki hamun DAP berlaku.

Keberadaan DAP dalam ceramah PAS di kawasan Melayu bukan lagi satu babak yang dilihat pelik malah pengundi Melayu keluar mendengar walaupun sesetengahnya berada di sebalik tembok yang gelap.

Kempen ceramah PAS pula terus mengasak politik perkauman yang dimainkan oleh Umno khususnya kebiadapan kelompok Pemuda Umno merempuh dan menceroboh tempat persidangan Dewan Undangan Negeri dan membuat onar di dalamnya.

Alasan bahawa Adun Seri Delima YB Rayers mengungkapkan kata "Pemuda Umno celaka" dengan merujuk kepada perhimpunan di Kepala Batas tempoh hari tidak mewajarkan pencerobohan itu.

Ia melambangkan politik samseng dan tidak bertamadun. Saya menegaskan bahawa jika R.N.S. Rayers mengungkap demikian  dalam ucapannya di Dewan maka Adun Umno yang mendengarnya mesti membantah dan mematahkan hujah YB Rayers.

Apakah YB Umno terlalu lemah sehingga gagal memainkan peranan berhujah tetapi sebaliknya "menjemput" para samseng untuk menceroboh Dewan? 

Bergegas ke Seremban

Aktiviti saya di Bukit Gelugor terganggu seketika kerana temujanji saya yang lebih awal telah dipersetujui untuk saya menghadiri forum hudud di Seremban anjuran NGO Ikram dan Gabungan Persatuan Cina.

Terlanjur ke Seremban, saya mengambil kesempatan untuk menziarahi Gereja Visitation di tengah bandar Seremban untuk bertemu dengan Father Gregory Chan bagi mendapat penjelasan lanjut kejadian samun yang berlaku di hadapan pintu utama gereja tempoh hari.

Kejadian itu menyebabkan dua biarawati cedera dan salah seorang daripadanya meninggal setelah koma beberapa hari.

Saya telah mengeluarkan kenyataan keras sebelumnya dengan mengutuk kes samun dan ragut itu ke atas biarawati warga emas di tempat ibadat.

Ia boleh sahaja berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat lain termasuk masjid dan tokong-tokong. Kehadiran saya ke situ bagi saya menyampaikan mesej bahawa setiap rumah ibadat mesti dipelihara kesuciannya dan dihormati dan perompak dan peragut harus memahaminya.

Saya juga  menziarahi biarawati yang koma di hospital dan sempat meminta pihak Kementerian Kesihatan mengirimkan ahli neutrologi untuk mengesahkan laporan kecederaan yang dialami.

Saya berasa sedih kerana keesokannya dalam kesibukan berkempen saya dimaklumkan bahawa biarawati itu telah meninggal dunia.

Selesai program di Seremban, kereta saya meluncur laju balik ke utara.

Dyana Sofya

Aura apakah Dyana Sofya bawa kita tidak tahu tetapi namanya menggegarkan politik tanah air apabila langkah berani DAP meletakkan calon gadis muda Melayu yang sempurna segala sifat Melayunya.

Beraninya langkah ini mengirimkan satu gelombang kejutan kepada parti politik berasaskan perkauman. Dyana pula seorang graduan UiTM yang dikatakan kuat doktrin kemelayuannya tetapi sedia menjadi calon DAP yang pada doktrin kemelayuan menganggap DAP sebagai parti chauvanis Cina yang pekat kecinaannya.

Bagaimana Dyana sanggup menjadi peluru maut ini? Ia mungkin peluru maut kepada Umno, MCA dan Gerakan kerana ia mencabar asas kewujudan parti-parti ini manakala bagi politik baru yang diterajui oleh Pakatan, Dyana adalah mutiara yang menyinari harapan baru di mana parti politik tidak dicam melalui etniknya tetapi melalui dasar yang diperjuangkan dan siapa sahaja rakyat Malaysia yang yakin dengan dasar ini boleh menyertainya.

Saya pernah mengharapkan lebih ramai calon muda Cina dan India menjadi calon PAS di masa hadapan untuk tujuan memecah tembok perkauman tetapi saya tidak menduga DAP melakukannya dengan pantas pada PRK Teluk Intan dengan meletakkan calon Melayu.

Menang atau kalahnya, DAP adalah isu kedua tetapi langkahnya menengahkan calon muda Melayu daripada kaum Hawa yang bernama Dyana memberikan politik Malaysia satu makna baru.

Ia bukan soal Dyana ada tarikan pada keterampilannya a tetapi jauh daripada itu Dyana lambang kepada usaha memecahkan tembok perkauman dalam membina politik baru merentas kaum dan saya yakin pengundi di Teluk Intan bersedia melakukannya dengan memenangkan Dyana. 

Harimau muda berehat

Saya bersama Mat Sabu hadir di Dewan Sri Pinang pada malam pengisytiharaan keputusan PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei 2014 lepas.

Ramkarpal menang bergaya walaupun peratus keluar mengundi agak rendah, kami dari PAS berada di situ untuk meraikan kememenangan "calon kita" dan ingin menyampaikan mesej bahawa PR akan kekal berperanan sebagai satu wadah perubahan.

Hudud sama sekali tidak mematahkan semangat kesepakatan PR sepertimana yang ditegaskan oleh presiden PAS bahawa PR tetap keutamaan PAS.

Inilah keunikan PR bahawa perbezaan ideologi bukan penghalang tetapi alasan untuk membentuk wajah baru politik lebih kuat tarikannya buat PR.

Sehingga artikel ini ditulis, saya masih belum berkesempatan untuk menemui mutiara terbaru Pakatan Rakyat di Teluk Intan bagi membantunya, tetapi setelah "harimau muda" Bukit Gelugor berada di "belukar"nya seketika, bolehlah saya meninggalkannya untuk beraksi di Teluk Intan pula.

Saya dedikasi pantun ini sebagai penutup catatan saya setakat ini.

Dari Kedah sampai ke Kelantan

Usah dikau gundah gulana

Dari Bukit Gelugor ke Teluk Intan

Hamba merantau mencari Dyana. – 28 Mei, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

It’s halal, no question about it

Posted: 27 May 2014 03:51 PM PDT

May 28, 2014

Abdar Rahman Koya is at the end of his thirties, and considers himself to have all the qualities of an ordinary Malaysian, a practising Muslim, and an incorrigible cynic.

I had my usual tiff with my wife the other day and this time, it was not about who left the kid's nappy on the bathroom floor. The subject is philosophical yet it had to do with the tummy.

We were invited by a non-Muslim friend to a birthday party. I always look forward to parties, because we will have plenty of hands to look after the twins, so that we can finally eat in peace. We were probably the only Muslim family. Yet, it was kind of her to assure us that the food catered on that day was halal.

That verbal assurance is good enough for me, but not my wife and understandably so, since this friend of ours does not have many Muslim friends.

Having been told who the caterer was, she called them to get reassurance that the food was halal and queried whether wine was used for the steak.

I told her that what she had done violates a basic principle of halal and haram (the lawful and the prohibited) in Islamic jurisprudence, and that is not to investigate when something is already known and accepted as halal.

By doing so, we risk creating doubts about the food we eat. And doubts are one of the main enemies in Islamic jurisprudence, the source of many evils and anti-social behaviour among Muslims.

One of the principles of halal and haram is that one should not pry into the origins of something which has been commonly accepted as halal. The same principle applies to many other things. When a host shows us the qiblah (the direction Muslims turn to during prayer) in his house, we do not click the compass app on our smartphone just to make sure.

Similarly, it is taken for granted that everybody performing the pilgrimage in Mecca and Medina is Muslim, or that a woman praying in the mosque is not menstruating.

It is on this same principle that I am not that excited when the halalness of a certain food or product is disproved through DNA tests. It opens up a Pandora's box, in that doubts will emerge for all the food being mass produced and sold in the shops.

Although official halal watchdogs like Jakim have a duty to ensure a product is halal, since it is they who bear the responsibility as suggested by the phrase "ditanggung halal", using DNA technology makes a mockery of the principles of halal and haram, as well as Islam's claim as a religion choosing ease over hardship.

It is just a reflection of the quaint Islamicity practised in the country. The Muslim public in Malaysia are easily worked up over issues such as this, thanks again, as I have always stated in the past, to the way Islam is taught in this country.

If such an obsession with the halalness of the food was shown in political and economic principles, well-meaning Muslims in this country would not have to contend with so much ridicule because of the doings of the Muslim leaders and the salaried defenders of faith.

Already, since the discovery of pork DNA in two Cadbury chocolate products, we suddenly hear hitherto-muted Muslim voices coming to the fore. One wonders where these Muslim voices were when unIslamic racist DNA was bared for all to see through the loud mouths of Isma and Perkasa, parading loudly their ignorance in the name of Islam. 

One group wants to initiate a class-action suit against Cadbury, while another calls for a boycott of all Cadbury products. If only the same zeal was shown by Muslims against tobacco companies, billions of ringgit from Muslim households would be saved, not to mention the saving of billions of ringgit in public money to fight cancer and other diseases connected to smoking.

Similarly, toilets in mosques and other institutions operating under the Islamic banner would be a far cry from their present filthy non-halal state, if only these groups were able to see halalness beyond pork in food.

It is thus comical when not long ago, the restaurant at Ikea, the Swedish furniture warehouse in Bandar Utama, had to undertake a major public relation exercise by carrying out a "purification session" of their cutlery, after claims that the meatballs they served might not be halal.

The fact is that such an act is not something instructed by the Quran or the Hadith. A Muslim can eat from any plate, even it was used to serve pork. Imam Nawawi, the 12th-century Islamic scholar whose writings form a major part of the Shafii school of thought, which is followed by Muslims in this country, said a simple wash suffices, and there is no need to do the silly act of purifying the plate seven times, as many have been led to believe.

In Islam, being doubtful is considered a disease, which is why the Quran, in a short chapter frequently used in prayers, teaches a Muslim to pray that he or she is protected from being doubtful about things.

Doubtfulness leads one away from moderation. It has led many Muslims to overdo things, thinking that their Islamicity is at stake. It is why some Muslim women cover their faces and without remorse spend big amounts of money on thick garb, when the dressing requirement in Islam is supposed to be about modesty.

It is also why many Muslims in Malaysia spend so much time performing the ablution, that act of washing one's face, hands and feet before the prayer, forgetting that the act is not meant to physically cleanse one's body, but just a symbolic gesture to imitate the Prophet's practice, and which requires a little amount of water, or no water at all!

Mr Doubt is also behind the Malaysian-Muslim obsession with halal food, which for some reason has come to be all about shunning pork, and little else. It can even be used as a convenient weapon to play with the Muslim sentiments.

It has been done before, when a Muslim consumer group not long ago spread false messages about lard being used in High-5 breads, or when it endorsed an Arabic sounding toothpaste brand and tried to create doubts about other toothpaste brands through patronising holy verse-quoting radio advertisements.

With widespread ignorance, all it takes is to cry "pig" to create panic among the unquestioning Muslim consumers, who are not well educated about the philosophy of Islam's dietary laws.

The Quran more than once tells us that God has subjected to mankind "whatever is in the heavens and what is on earth". The prohibited in Islam is prohibitive in number and has been explicitly stated. The rest is lawful, because the general principle is that all things are permissible.

Yet, our Islamic authorities seem to be working based on the premise that all things are prohibited unless it is explicitly stated to be halal. And so we see products with halal logos on their labels, when the Quranic way would require that only non-halal products are identified.

There will be no end once we start classifying things as halal. What guarantee is there that the water we drink, from pipes which span hundreds of kilometres before they reach our homes, is halal? God forbid that a DNA test finds pork in our water!

Meanwhile, at the birthday party at the friend's house, I and my wife left all our doubts and acted like any good hungry Muslim should: filling up our stomachs to our heart's content and being thankful to God for His blessings! – May 28, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved