Jumaat, 30 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Shamsubahrin nafi rancang tipu pengerusi NFCorp

Posted: 30 May 2014 04:10 AM PDT

May 30, 2014

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail (gambar) hari ini menafikan di mahkamah bahawa dia merancang untuk menipu Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Shamsubahrin, 48, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa dia tidak berada dalam keadaan terdesak ketika cuba menipu Mohamad Salleh kerana dia mempunyai pendapatan lebih RM10,000 sehari melalui perniagaan perkhidmatan teksi.

"Saya tidak pernah cuba menipu Mohamad Salleh kerana saya tidak terdesak pada masa itu," katanya ketika menjawab pemeriksaan balas peguam Hasnal Redzua Merican, yang mewakilinya, dalam perbicaraan membela diri terhadap lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Dia didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketika ditanya Hasnal Redzua, jika Shamsubahrin tidak terdesak pada masa itu, mengapa baki dalam dua akaun banknya masing-masing hanya tinggal RM2.31 dan RM7.22.

Shamsubahrin menjawab "wang saya (hasil pendapatan perkhidmatan teksi) dimasukkan ke dalam akaun syarikat".

Sementara itu, pembekal lembu Marthinus Johannes du Plessis, 62, berkata beliau tidak pernah bertemu Mohamad Salleh dan beliau tidak kenal pun siapa Mohamad Salleh dalam NFCorp.

"Saya hanya tahu nama Mohamad Salleh daripada Shamsubahrin dan tidak pernah berjumpa dengannya," katanya.

Marthinus dari Afrika Selatan berkata sehingga 2010 beliau tidak pernah bercakap dengan mana-mana kakitangan NFCorp.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozilah Salleh bersambung 7 Ogos. – Bernama, 30 Mei, 2014.

Ketua cawangan MIC serang Adun Jalong, dakwa DAP

Posted: 30 May 2014 03:55 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
May 30, 2014
Latest Update: May 30, 2014 07:25 pm

Timbalan Pengerusi Wanita DAP Perak, Bavani Veraiah (duduk, kiri), Adun Jalong Loh Sze Yee (duduk, kanan) dan isterinya Leong Pooi Wan dikasari hari ini semasa memasang poster kempen di bandar Teluk Intan. – Gambar The Malaysian Insider.Timbalan Pengerusi Wanita DAP Perak, Bavani Veraiah (duduk, kiri), Adun Jalong Loh Sze Yee (duduk, kanan) dan isterinya Leong Pooi Wan dikasari hari ini semasa memasang poster kempen di bandar Teluk Intan. – Gambar The Malaysian Insider.DAP Perak hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) bertindak ganas apabila cuba mencederakan petugasnya sewaktu memasang sepanduk di bandar Teluk Intan.

Timbalan Pengerusi Wanita DAP Perak, Bavani Veraiah berkata sewaktu kerja memasang sepanduk pada jam tiga petang tadi mereka didatangi tiga lelaki India mengganggu dan mengasari petugas wanita.

"Pada pukul 3 petang tadi, pasukan kita pergi keluar memasang sepanduk kempen DAP. Pasukan tersebut diketuai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Jalong, Loh Sze Yee bersama isterinya Leong Pooi Wan.

"Satu insiden berlaku apabila saya dan Pooi Wan diserang tiga lelaki India disyaki dari parti BN datang menghalang dan memaki hamun dengan teruk dalam bahasa Tamil.

"Pooi Wan mengambil video tetapi lelaki ini menampar. Saya telefon rakan DAP untuk meminta pertolongan dan lelaki yang sama datang menumbuk di pipi kiri saya," katanya dalam satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.

Bavani berkata kejadian tersebut berlaku di Jalan Sekolah berhadapan bank komersial di mana kawasan yang dibenarkan untuk memasang sepanduk. – 30 Mei, 2014.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved