The Malaysian Insider :: Bahasa |
Dua maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kuala Terengganu Posted: 05 May 2014 03:11 AM PDT Yang maut ialah pemandu lori Mohd Ghani Embong, 44, dari Wakaf Mesira, Tepoh dan pemandu kereta Perodua MyVi, Rohaiza Yusof, 35, dari Marang. Seorang saksi berkata lori berkenaan yang hilang kawalan merempuh tiga kenderaan yang datang dari arah bertentangan, sebelum lori itu terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter. Kereta yang dipandu Rohaiza dikatakan terbabas ke kiri jalan dan turut merempuh sebuah van sebelum keretanya turut terjatuh ke dalam gaung. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamarul Bieza Mohd Kassim berkata pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kedua-dua kenderaan tersebut. "Pemandu van itu selamat manakala pemandu sebuah kereta Proton Iswara iaitu seorang wanita cedera dan kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian itu. – Bernama, 5 Mei, 2014. |
Teresa akan didakwa di bawah Akta Hasutan esok kerana video ‘Onederful Malaysia’ Posted: 05 May 2014 02:58 AM PDT Dia dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9 pagi, menurut satu kenyataan dari pejabatnya yang mengesahkan perkara ini. Kok didakwa menghina Muslim, pasukan keselamatan, perdana menteri dan isterinya dalam video satira berbahasa Cina yang dimasukkan ke dalam YouTube 27 Januari lalu. Walaupun Kok menjelaskan bukan niatnya untuk menghina sesiapa, pelbagai serangan dan lebih daripada 300 laporan polis dibuat terhadapnya. Satu rangkaian pertubuhan bukan kerajaan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Kok di samping upacara menyembelih ayam ke atas gambar beliau dan beberapa ahli pembangkang lain. – 5 Mei, 2014. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan