Selasa, 28 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MIC WP sokong Saravanan untuk jawatan presiden atau timbalan presiden

Posted: 28 May 2013 02:19 AM PDT

May 28, 2013

KUALA LUMPUR, 28 Mei — MIC Wilayah Persekutuan akan memberi sokongan padu kepada pengerusinya Datuk M. Saravanan sekiranya beliau berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden MIC pada pemilihan parti tahun depan.

Setiausahanya, S. Rajah berkata Saravanan, yang juga Naib Presiden MIC, layak untuk menyandang jawatan nombor dua dalam parti berdasarkan pengalamannya. Selain jawatan Timbalan Presiden, beliau mendakwa kesemua 12 bahagian MIC Persekutuan juga akan menyokong sekiranya Saravanan mahu bertanding jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri G. Palanivel.

"Beliau (Saravanan) bermula dari peringkat akar umbi...maka orang seperti ini yang boleh mendekati dan menyelami denyut nadi segenap lapisan anggota parti serta mendengar suara anak muda," katanya dalam sidang media di ibu pejabat MIC di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan bahawa Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Menurut sumber dalaman parti, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, juga membayangkan hasrat untuk merebut jawatan presiden.

Kali terakhir pemilihan presiden diadakan ialah pada Mac 2009 untuk penggal tiga tahun dan penyandang Datuk Seri S. Samy Vellu menang tanpa bertanding.

Pada Disember 2010, Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu dan menyerahkan jawatan berkenaan kepada Palanivel yang merupakan timbalannya pada masa itu.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC baru-baru ini memutuskan pemilihan parti bagi semua peringkat akan diadakan pada suku pertama tahuan depan manakala pemilihan presiden akan diadakan tiga bulan sebelum pemilihan untuk jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota CWC. — Bernama

Polis Terengganu sudah ambil keterangan beberapa individu berhubung perhimpunan

Posted: 28 May 2013 02:16 AM PDT

May 28, 2013

KUALA TERENGGANU, 28 Mei — Polis Terengganu telah merakamkan percakapan beberapa individu termasuk pemimpin pembangkang bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan di Kuala Ibai, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata siasatan lanjut berhubung perhimpunan anjuran pembangkang di sini bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sedang giat dijalankan.

Selepas selesai siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, kes ini akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khamis lalu puluhan ribu rakyat Terengganu majoritinya anak muda membanjiri Markas PAS Kuala Ibai sempena Himpunan Blackout 505 bagi membantah keputusan PRU13.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dan berucap ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved