The Malaysian Insider :: Bahasa |
Pusat pengundian PRK Kuala Besut mula ditutup tepat jam 5 petang Posted: 24 Jul 2013 02:38 AM PDT Tepat jam 5.00 petang hari ini, semua lapan tempat membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ditutup. Sejumlah 14,108 pengundi membuang undi dengan jumlah keseluruhan yang mengundi kali ini adalah 79.78 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jumlah keseluruhan pengundi di DUN Kuala Besut adalah keseluruhan pengundi berjumlah 17,683. Keputusan PRK itu akan diumumkan jam 10.00 malam hari ini. Ketika proses pengundian berlangsung, tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan, malah proses membuang undi juga berlangsung dengan aman. Turut berjalan lancar adalah penggunaan dakwat kekal yang benar-benar kekal selepas dakwat yang digunakan dalam Pilihan Raya 2013 menimbulkan kontroversi apabila tidak bertahan lama. - 24 Julai, 2013. |
Selangor umum bonus raya sebulan gaji - Bernama Posted: 24 Jul 2013 02:27 AM PDT Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini. "Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan. Jika kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya pada sidang media, hari ini. Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengekang ajaran syiah di Selangor, Abdul Khalid berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). "Jais akan mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya perlu diambil tindakan ke atas pihak yang mengamalkan ajaran itu, mereka (Jais) akan buat apa yang perlu," tambahnya. - Bernama, 24 Julai, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan