The Malaysian Insider :: Bahasa |
Najib pertahan Bank Negara pendek tempoh pinjaman, tegas rakyat perlu urus kewangan ikut kemampuan Posted: 12 Sep 2013 02:27 AM PDT Najib (gambar) yang juga menteri kewangan, semasa berucap di Forum Alliance for Financial Inclusion (AFI) kali kelima di ibu kota, berkata misi kerajaan adalah bagi memastikan kefahaman kepada rakyat dalam melibatkan pengurusan kewangan. "Misi kami adalah untuk melengkapkan semua rakyat Malaysia dengan kefahaman asas dalam pengurusan kewangan. "Memberi mereka faham dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka," kata Najib. Perdana Menteri juga berkata langkah tersebut juga bagi memastikan rakyat menguruskan kewangan berdasarkan kemampuan mereka dan tidak berlebihan. "Hal ini kerana sesetengah orang hidup lebih daripada kemampuan mereka," kata Najib lagi. – 12 September, 2013. MENYUSUL LAGI |
Bekas mufti Perlis jawab ulama Umno berhubung “ini semua takdir” Posted: 12 Sep 2013 02:10 AM PDT Menurut Mohd Asri, Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita tentang takdir dan berusaha pada masa yang sama. "Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak seperti iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu. "Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa yang Allah izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan," kata Mohd Asri. Mohd Asri berkata manusia disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. "Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab "Allah menaikkan harga barang". Apakah anda akan berkata: 'MasyaAllah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman'. Ataupun, 'awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!'. "Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi," kata Asri. Justeru Islam kata Asri melarang monopoli yang zalim seperti menyembunyikan barangan, dan pemerintah boleh masuk campur dengan menetapkan harga barang. "Dalam negara ini, ada berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya: 'semua itu takdir Allah?!'. "Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela." Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya semalam mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam. Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis itu memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuki memberi kefahaman kepada masyarakat. "Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini. "Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider. – 12 September, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan