The Malaysian Insider :: Bahasa |
Penahanan Kassim bercanggah syariat Islam, kata Sisters in Islam Posted: 27 Mar 2014 02:52 AM PDT Dalam satu kenyataannya hari ini, SIS berkata penahanan Kassim menunjukkan sistem syariah yang tidak efisyen dan sikap pilih kasih jabatan agama Islam. "Mengejutkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) boleh merentas sempadan menahan lelaki berusia 81 tahun dengan masalah kesihatan. Kassim disoal siasat hingga jam 3 pagi. "Semasa dituduh di Mahkamah Syariah Putrajaya pagi ini, peguam syariah meminta tidak diberikan ikat jamin dan mahu Kassim ditahan selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kassim hari ini selepas perbicaraan menyifatkan undang-undang yang disabitkan kepadanya sebagai undang-undang rimba dan tidak sesekali berasa gentar berdepan pendakwaan. Katanya, apa yang ditakutkan hanyalah kepada tuhan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan disoal di akhirat berhubung penahanannya. "Ini hutan rimba punya undang-undang! Gila! Cakap kepada mereka, gila, gila, kamu gila! Saya tak peduli kepada siapa. Saya takut pada tuhan! Saya jawab pada tuhan! "Jakim pun kena jawab pada tuhan juga. Habis cerita!" katanya seperti dilapor Malaysiakini. SIS menggesa agar tuduhan ke atas Kassim ditarik segera kerana bertentangan dengan prinsip demokrasi seperti mana yang dijamin dalam Perlembagaan. Katanya, Al-Quran sendiri memberi jaminan kepada umat Islam kebebasan untuk melontarkan kritikan dan bantahan atau jadal tidak kurang 25 kali di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kecenderungan manusia. "Dalam surah Mujadalah terdapat ayat yang menjamin hak individu, wanita, berhujah masalah dengan Nabi Muhammad. Jika umat terdahulu boleh berhujah dengan nabi, apatah lagi hak kita untuk berhujah dengan jabatan agama? "Hak untuk berbeza pandangan juga didukung dalam hadis sahih sebagaimana sabda Nabi Muhammad, 'Khilaf itu rahmat'," katanya. SIS juga menggesa agar Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dipinda agar selari dengan hak kebebasan bersuara yang selama ini diperjuangkan. Kassim hari ini didakwa di bawah Seksyen 7(b) dan Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Dia mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 untuk setiap kesalahan. – 27 Mac, 2014. |
Keadaan di Kedutaan Malaysia di Beijing terkawal Posted: 27 Mar 2014 02:42 AM PDT Pada 8 Mac lepas penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal termasuk 145 penumpang warga China hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Iskandar berkata urusan antara pegawai kedutaan dan orang awam berjalan seperti biasa dengan pergerakan para pegawai kedutaan dan anggota keluarga mereka juga tiada perubahan. "Ini juga menunjukkan usaha yang telah, sedang dan akan terus dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menenangkan keadaan menunjukkan hasil," katanya kepada wartawan Malaysia di Beijing pada Khamis. Ditanya tentang pasukan peringkat tertinggi dari Malaysia, Iskandar berkata satu persefahaman telah dicapai antara kumpulan itu dan anggota keluarga penumpang MH370 di China. Pasukan peringkat tertinggi itu yang diketuai Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad memaklumkan perkembangan terkini setiap hari kepada keluarga warga China berhubung tragedi MH370 itu. Pasukan itu turut mengandungi wakil dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines. Iskandar berkata beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menghadiri taklimat harian itu, ataupun, seorang pegawai dari Kedutaan Malaysia akan hadir bagi pihaknya. Berhubung perhimpunan keluarga warga China di hadapan kedutaan itu pada Selasa, Iskandar berkata Kedutaan Malaysia telah memajukan tuntutan sanak saudara penumpang pesawat itu ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut tentang tuntutan itu. "Sebaik sahaja pegawai kami terima memo daripada ahli-ahli keluarga, keadaan kembali tenang dan mereka bersurai selepas itu. "Tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku, dan tidak ada apa-apa bentuk ancaman keselamatan terhadap pegawai yang berada di kedutaan itu," katanya. – Bernama, 27 Mac, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan