The Malaysian Insider :: Bahasa |
Anwar sokong MoU air, pinda jika bebankan rakyat Posted: 02 Mar 2014 03:10 AM PST Ketua pembangkang itu berkata soal untuk meminda atau pun tidak kandungan MoU itu sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor bergantung sepenuhnya kepada kepentingan rakyat. "Saya terlibat di peringkat awal rundingan dan saya bersetuju rundingan perjanjian dengan kerajaan persekutuan. "Selagi saya belum baca MoU, ruang untuk saya komen terbatas. Ada perjanjian mutlak dan ada yang boleh dikaji semula," katanya dalam satu majlis Dialog Anak Muda di Seremban, Negeri Sembilan hari ini. Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air berhubung pemilikan konsesi air di Selangor pada Khamis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. – 2 Mac, 2014. MENYUSUL LAGI |
100 majikan gagal patuhi gaji minimum, berdepan tindakan tegas Posted: 02 Mar 2014 02:57 AM PST Sebanyak 100 majikan di seluruh negara bakal dikenakan tindakan tegas jika didapati masih gagal mematuhi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata pihaknya menerima kira-kira 600 aduan dari pekerja sejak ia dikuatkuasakan 1 Januari, 2013. "Setakat ini kita telah bagi amaran kepada majikan yang terlibat, jika selepas ini mereka masih gagal menjalankan tanggungjawab di bawah perintah tersebut, majikan bakal berdepan tindakan tegas dari kementerian," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia di Kuantan hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas Khas Negeri, Datuk Norul Azali Sulaiman; dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Saripuddin Kasim. Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun. Ismail berkata, semakan semula kadar gaji minimum itu akan dilakukan oleh kerajaan pada 2015. Dalam pada itu beliau menyeru golongan lepasan ijazah dan penganggur merebut 1,800 peluang pekerjaan yang disediakan kira-kira 30 majikan yang menyertai karnival berkenaan. Katanya, ada di antara majikan yang menyertai karnival itu menawarkan gaji minimum di antara RM1,000 hingga RM2,500 sebulan, mengikut kelayakan seseorang. – Bernama, 2 Mac, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |