Selasa, 17 September 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pasangan didakwa punca tumpahan minyak di Sungai Selangor

Posted: 17 Sep 2013 02:06 AM PDT

OLEH RITA JONG
September 17, 2013
Latest Update: September 18, 2013 01:06 am

Pasangan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana menyebabkan tumpahan minyak di Sungai Selangor lebih tiga minggu lalu.

Mahkamah mendakwa Ng Kim Bok, 55 dengan 30 kiraan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Enakmen Pihak Berkuasa Pengurusan Air Selangor.

Isterinya H'ng Soo Chiew, 56 turut dikenakan dakwaan bersama dengan 20 kiraan. Dakwaan dibuat terhadap mereka sebagai pemilik (bagi Ng) dan pengarah (kedua-duanya) bagi tiga syarikat.

Syarikat berkenaan adalah Muhibbah Mok Workshop, Muhibbah Mok Sdn Bhd dan Ng Kim Bok Realty Sdn Bhd.

Muhibbah Mok Workshop terletak di lokasi di mana tumpahan itu berlaku. Muhibbah Mok Sdn Bhd sebagai syarikat pemilik bengkel manakala Ng Kim Bok Realty memiliki tanah berkenaan.

Kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

Tumpahan minyak di Sungai Selangor itu menyebabkan lebih sejuta penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air. – 17 September, 2013.

MENYUSUL LAGI

Khairy gembira dicabar anak Sanusi Junid

Posted: 17 Sep 2013 01:53 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM
September 17, 2013
Latest Update: September 18, 2013 12:53 am

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau gembira dengan cabaran yang bakal diterimanya dalam pemilihan parti itu pada Oktober.

"Saya gembira bila adanya cabaran itu. Ia adalah pertandingan terbuka, saya mengalukan-alukan," katanya kepada media selepas program Lawatan dan Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama para pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.

Ini merupakan reaksi pertama beliau selepas pengumuman anak kepada bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah yang menyatakan akan mencabar Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pada Oktober ini.

Akhramsyah merupakan ahli Umno cawangan Bendang Baru di Langkawi, Kedah. Beliau merupakan graduan mekanikal berumur 39 tahun. Hasratnya mencabar Khairy ditulis dalam blog peribadinya 'thoughtsintangents.blogspot.com'.

Dalam blognya, Akhramsyah berkata beliau memutuskan untuk menawarkan diri untuk jawatan itu kerana  ingin mengembalikan kegemilangan Pergerakan Pemuda Umno, terutamanya dalam perjuangan melaksanakan agenda Melayu.

"Agenda Pemuda Umno pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya dan warga muda Umno khususnya," katanya.

Khairy, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga ahli Parlimen Rembau, mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu.

Pada pemilihan parti 2009, Khairy menang selepas mendapat 304 undi dalam pertandingan tiga penjuru melawan Datuk Mukhriz Mahathir (254 undi) dan bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo (232 undi). – 17 September, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

The Malaysian Insider :: Opinion

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Malaysia hari ini

Posted: 16 Sep 2013 05:45 PM PDT

September 17, 2013

Meor Yusof Aziddin adalah Malaysian folk singer/songwritter yang telah menghasilkan 10 album indipenden sejak tahun 2000 sehingga 2011. Juga penulis untuk buku tentang kehidupan, "Sembang Tepi Jalan" dan "Syurga Yang Hilang." Memblog di www.pestajiwa.net. Berkerjaya sebagai "professional busker" di KL Sentral di bawah pengurusan KTMB sejak tahun 2010 sehingga ke hari ini.

Negara kita sudah semakin ke hadapan seiring dengan perkembangan pesat teknologi IT dan maklumat yang cepat dan terkini. Zaman berubah, segalanya juga berubah. Kalau dulu siaran TV kita hanya punya dua saluran, hari ini terlalu banyak saluran yang terhidang untuk kita pilih, cuma yang percuma hanya beberapa saluran sahaja, kalau mahukan perkhidmatan siaran yang berbayar kita perlu bayar.

Dulu kita hanya diberi satu pilihan yang terbaik (yang disarankan) untuk kita pilih dan itulah yang terbaik untuk kita waktu itu kerana pilihan yang kita ada juga agak terhad. Apa yang disaran, apa yang dicadang itulah yang terbaik.

Siaran televisyen pun waktu itu hanya ada TV1 dan TV2. Kedua-duanya pro kerajaan. Suratkhabar pula yang utama itulah Utusan dan Berita. Pun kedua-duanya media kerajaan juga.

Kita tengok wakil rakyat waktu itu kebanyakan mereka seperti dewa yang suci dan bersih hanya kerana datang melawat jamuan kenduri kendara warga kampung dan memberikan sekuntum senyuman. Itu pun datang melawat waktu menjelang pilihan raya atas dasar kepentingan belaka.

Bayangkan hanya dengan sekuntum senyuman maka segala dosa dan salah silap akan lenyap dengan sekelip mata saja.

Dan saya waktu itu di umur awal belasan tahun pernah menyaksikan seorang wakil rakyat datang singgah untuk jamuan majlis kawin seorang penduduk kampung saya. Betapa besar dan bangganya hati tuan rumah terharu dengan kehadiran YB tempat mereka bernaung dan menaruh segala kepercayaan dan menyokong penuh apa yang terhidang dan disaran untuk mereka tanpa berbelah-bagi.

Orang kita waktu itu kebanyakannya naif-naif belaka, baik segi pemikiran mahu pun kefahaman. Kita dididik supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Kalau jadi penoreh getah, jadilah sesorang penoreh getah yang jujur dan sentiasa bersyukur.

Dan kita tidak akan bertanya bahkan seakan berbangga jika orang politik waktu itu berkereta besar datang melawat penduduk kampung sekali sekala dan kita tidak akan bertanya betapa banyaknya duit mereka dengan menunjukkan apa yang indah di mata walau gaji seorang YB tidaklah sebanyak mana waktu itu pada tahun 70-an dulu.

Abad ke-21 ramai warga semakin bijak dan cerdik belaka. Pilihan? Hari ini kita punya banyak pilihan, segalanya di tangan kita belaka. Kekuatan di antara kiri dan kanan agak seimbang dan hak rakyat semakin terbela. Apa saja yang dilakukan demi untuk rakyat warga marhen terutamanya, kita sokong 100%!

Bercerita tentang hal kemodenan, hari ini kamera ada di mana-mana, kita seolah-olah diperhatikan di mana saja kita berada.

Kalau dulu hanya pemegang watak utama seperti orang politik, selebriti, penyanyi atau pelakon yang diberi perhatian, hari ini semua kita adalah watak utama asal apa yang kita lakukan itu sesuatu yang sensasi, menghiburkan dan berjaya menarik perhatian.

Apa yang kita lihat hari ini, apa saja yang kita lakukan, asal saja janggal di mata dan luar daripada kebiasaan maka cepatlah ceritanya tersebar sehingga memberikan kesan yang positif mahu pun negatif serta-merta.

Masyarakat suka cerita yang luar dari kebiasaan kerana ianya babak yang menarik untuk ditonton. Sebab itu kalau ada kemalangan, jalan raya akan sesak kerana setiap pemandu akan memperlahankan kereta untuk melihat walau sepintas lalu keadaan kereta yang remuk atau jika ada kemalangan jiwa itu lebih menariklah.

Seorang kawan wartawan saya pernah berkata jika ada berita tentang kemalangan, benda yang paling menarik untuk ditulis adalah jika ada kematian dan jika lebih ramai yang terkorban, itu lebih menarik, jika tak ada apa atau hanya cedera ringan, itu kira tidak akan menjadi bahan yang menarik untuk dibaca.

Kalau perjalanan kita dari destinasi A ke B itu lancar, itu biasa. Kalau tidak lancar atau kereta kita rosak tengah jalan atau mendapat kemalangan, itu tidak biasa berlaku, begitulah.

Baru-baru ini atau sepanjang bulan Ramadan yang lalu sehingga Syawal menjelma macam-macam hal yang berlaku dan menjadi perhatian pula. Isu anjing, kalimah, surau, kantin sekolah, kongsi gelap dan juga tentang seorang lelaki yang memukul isterinya dalam lif.

Semuanya menjadi tajuk utama di akhbar juga di portal online terutamanya. Segalanya akan bermula di Youtube mahupun Facebook dan jika ia isu yang sensasi dan sensitif, akan lebih menjadi perhatian sehinggalah pihak yang berwajib akan masuk campur dan seterusnya akan menjadi topik dan berita yang hangat di pasaran.

Lelaki yang memukul isterinya dalam keadaan emosi yang tidak terkawal itu memang salah dan sudah pun didakwa di mahkamah dan dia minta dibicarakan.

Memukul atau membunuh dalam keadaan emosional itu biasa kerana itu sifat manusia mengikut tahap emosinya ketika itu. Tapi jika membunuh dalam keadaan rasional itu bukan perkara biasa dan itu hanya mampu dilakukan oleh mereka yang profesional seperti watak mafia dalam filem barat yang kita tonton, siri Godfather atau Goodfellas umpamanya.

Kita perlu berhati-hati dengan sikap dan langkah kita kerana dunia hari ini semakin kecil dan langkah kita juga semakin singkat. Hari ini dengan segala kemudahan yang canggih apa saja berita yang akan akan cepat tersebar jika kita tersilap langkah.

Positifnya kita akan cuba menjadi sesempurna malaikat yang tidak buat dosa, atau kita belajar bagaimana untuk menghadapi dan menerima apa saja cerita takdir yang akan menimpa kita. – 17 September, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Ulama dan bukan ulama lagi?

Posted: 16 Sep 2013 05:01 PM PDT

September 17, 2013

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.

Setiap kali muktamar menjelang pelbagai isu termuncul untuk dijadikan bahan sensasi media mahupun kelompok yang bersaing dalam PAS.

Khusus dua tahun sekali, perwakilan akan mengadakan pemilihan kepimpinan, maka fenomena persaingan dan dinamika sebuah parti Islam akan terselah dalam bentuknya yang tersendiri. Bagi saya ia adalah fenomena biasa yang berlaku dalam mana-mana organisasi politik.

Isu mendasar

Fenomena itu ialah apa yang dilihat dan ditafsirkan oleh pengamatnya dengan memberi nilai kepada fenomena ini. Persaingan dalam  PAS adalah fenomena.

Bagi yang pesimis ia akan melihatnya sebagai 'bala' yang akan menghancurkan parti manakala bagi yang optimis ia melihat ini sebahagian daripada dinamika evolusi perkembangan sebuah parti politik. Bagi musuh politik PAS ini adalah peluang baik untuk melihat lawannya berpecah sesama sendiri walaupun sesekali dia akan melihatkan simpatinya pada pihak tertentu. Atas apa jua perspektif yang kita lihat, kita harus bertanya apakah isu yang mendasar dalam fenomena ini?

Isu yang mendasar ialah persaingan, Merasionalkan kewujudan parti dan Evolusi organisasi. Persaingan ialah bentuk dinamika sesebuah organisasi, faktornya ialah kelompok yang terbentuk dengan membawa idea tertentu dalam parti.

Selalunya idea ini menampakkkan pihak yang mahukan pembaharuan manakala sebuah kelompok lagi melihat status-quo yang ada mencukupi malah meyakini bahawa keadaan yang ada yang membawa parti ke tahapnya hari ini.

Mereka melihat pembaharuan akan mengubah asas dan dasar parti sedangkan golongan pembaharuan mahukan lonjakan besar parti untuk terus mampu berada di persada.

Persaingan dalam PAS

Apa yang kita saksikan dari berbagai kenyataan dan sensasi majlis tertentu seperti Multaqa Ulama baru-baru ini mengisyaratkan persaingan kelompok dalam PAS terdiri dari dua kategori besar para konservatif dan reformis.

Saya kurang setuju kategori ulamak dan profesional, ia hanya label yang tidak banyak membantu perspektif yang tepat persaingan dalam PAS, tetapi konservatif dan reformis lebih membawa makna dalam memahami persaingan itu.

Konservatif adalah golongan dalam parti yang melihat status-quo dan tidak berani keluar dari status-quo kerana menganggap itulah prinsip dan asas tertegaknya parti ini.

Kelompok reformis mahukan parti keluar dari keadaannya dan melonjak kepada identiti baru untuk menggamit perubahan yang ada di sekelilingnya. Berita baiknya ialah kedua-kedua kelompok yang bersaing ini mahukan kebaikan untuk parti dengan perspektif yang berbeza.

Kepimpinan ulama

Salah satu tajuk perdebatan kelompok yang bersaing ialah tentang kepimpinan ulama. Gagasan pemikiran organisasi yang diperkenalkan tahun 1980-an ini seiringan dengan krisis besar organisasi PAS yang berlaku semasa era Datok Asri Hj Muda. Sebab kepada krisis dan faktornya telah saya sentuh dalam buku Menuju PAS Baru (terbitan The Malaysian Insider).

Apa pun, krisis itu membuka peluang kepada PAS melalui desakan kepimpinan pemudanya melahirkan ide gagasan baru iaitu Kepimpinan Ulama. Ciri utama kepimpinan ulama ialah wujudnya kuasa baru dalam parti bernama Majlis Syura Ulama di mana keanggotaanya secara eksklusif ialah mereka yang berstatus ulama.

Pengerusi Majlis Syura ialah Mursyidul Am. Sifat Majlis Syura Ulamak ini lebih kepada legislatif dan nasihat. Bahagian eksekutif parti seperti Jawatankuasa Pusat, dewan-dewan dan lain-lain sampai ke cawangan kekal seperti sediakala.

Tetapi sepanjang 80-an hingga kini, tiba-tiba isu ulama tidak ulama menjadi perbahasan sampai kepada persoalan sama da bahagian eksekutif parti mesti juga di kalangan ulama atau tidak.

Secara konvensionalnya juga,  presiden, timbalan dan salah seorang naib mesti dari kalangan ulama. Kecuali Mat Sabu, semua timbalan sebelum ini dalam kepimpinan ulamak dikategorikan sebagai ulamak. Kelompok yang bersaing tidak mempertikaikan keahlian ulama dalam Majlis Syura, mereka cuma mempertikaikan kenapa jawatan eksekutif lain mesti di kalangan ulama juga. Untuk mengenalpasti bukan ulama maka terciptalah label profesional. Akhirnya isu sebenar yang boleh memajukan parti diabaikan dan isu ulama tidak ulama pula menjadi perdebatan yang tidak produktif.

Tuntutan ulama

Istilah ulama dalam PAS mesti difahami daripada sudut operasinya sebagai mereka yang berlatarbelakangkan pengajian agama secara formal dalam atau luar negara, peringat rendah atau pun tinggi.

Apa yang dituntut dalam Multaqa Ulama untuk diberi ruang kepada ulama agak mengelirukan kerana selama ini mereka ada Dewan Ulama yang sifatnya adalah eksekutif.

Ketua Dewan Ulama secara otomatis menjadi Jawatankuasa Pusat dan di peringkat negeri dan kawasan. Malah ulama ada dalam jawatankuasa pusat dari sudut mereka yang berlatarbelakangkan pengajian agama, walaupun mereka bukan dalam dewan ulama.

Apakah ulama merasakan diri mereka terpinggir? Atau ia hanya tuntutan bagi menegaskan kewujudan mereka dalam parti? Atau ia satu motif politik untuk menguasai parti sempena muktamar akan datang?

Merit

Persaingan dalam parti  sepatutnya bukan berdasarkan latarbelakang pengajian tetapi ditentukan oleh merit atau kelayakan. 

Dalam PAS corak pemilihan oleh perwakilan akan terpengaruh dengan ciri tertonjol pada calon antara aktivis, latar belakang agama dan ilmuan. Masalahnya ialah tidak semua aktivis ustaz dan tidak semua ustaz adalah ilmuan mahupun aktivis dan tidak semua ilmuan itu ustaz dan aktivis.

Corak ini kadang kala terlalu simplistik sehingga asas utama iaitu kelayakan atau merit diabaikan. Merit atau kelayakan mesti dinilai daripada sudut pencapaian dalaman dan luaran parti, kejelasan hendak membawa visi dan misi parti ke hadapan dan tahap pengorbanan dan susah payah calon sebagai aktivis.

Asas ulama vs non-ulama menjadi tidak relevan jika kita memahami asas kedudukan seseorang ialah kerana kelayakan yang dinilai perwakilan terhadapnya bukan kerana mereka ulamak atau tidak. Apatah lagi sebagai sebuah parti politik yang inginkan kuasa ke Putrajaya isu merit sepatutnya menjadi persoalan pokoknya. Hal ini tidak bercanggah dengan kaedah Islam memilih seseorang kepada sesuatu tugasan iaitu al-Qawi dan al-Amin iaitu berkemampuan (berkelayakan) dan beramanah. Mengapa pulak ulama dan non-ulama menjadi isu?

Persaingan sihat

Persaingan yang sihat ialah persaingan yang berlumba untuk menengahkan idea kepada parti dan membuat perkiraan rasional bagaimana parti harus terus efektif memimpin orang ramai membentuk negara yang diidamkan.

Saya membawa idea dalam dua buku saya bagi mewajarkan lonjakan baru yang saya namakan sebagai Keluk ketiga untuk PAS. Dalam Rejuvanasi PAS saya memperkenalkan empat tingkap atau bahagian organisasi yang perlu diberi penyegaran iaitu struktur dengan menawarkan 'institusi presiden' yang kuat, manakala dalam sumber manusia saya mencadangkan Jabatan Sumber Manusia parti untuk mengurus perkembangan parti yang pesat. Dalam budaya saya mencadangkan pengukuhan akhlak Islam dan professionalism manakala dalam persaingan dalaman saya mencadangkan ketelusan dalam proses pemilihan.

Daripada sudut strategi luaran kejelasan tentang penglibatan PAS dalam masyarakat sivil dan demokrasi serta advokasi dasar perlu kepada penyegaran semula.

Malangnya parti diheret untuk membincangkan sama ada ulama atau tidak ulama yang layak memimpin PAS. Saya beberapa kali mengulangi kenyataan saya bahawa jika ulama itu layak bukan kerana dia adalah ulama dan jikalau bukan ulama, dia layak bukan kerana dia tidak ulama, mereka diletakkan di situ kerana perwakilan melihat kemampuan (al-Qawi) dan amanah (al-Amin) yang mereka miliki untuk membawa bahtera perjuangan PAS di Malaysia.

Sepatutnya kepimpinan mendidik ahli kepada budaya memilih kerana kelayakan dan bukan statusnya.

Implikasi

Malangnya perkataan ulama diberi makna yang berbeza, di mana sepatutnya istilah ulama melambangkan keilmuan dan keterbukaan tetapi kini menjadi status yang dipertaruhkan untuk bersaing dalam parti.

Apakah status ulama itu mewajarkan segala-segalanya daripada sudut kelayakan? Penglibatan seseorang yang berstatus ulama dalam sebuah organisasi parti politik Islam bukan menentukan jaminan dia mesti ada jawatan dan kedudukan dalam parti tetapi sebagai ahli parti macam yang lain, dia perlu menunjukkan keberkesanannya dan kemampuannya membawa visi dan misi parti.

Dalam buku saya, PAS Baru dan Rejuvinasi PAS, isu dikotomi (pemisahan) ulama dan tidak ulama mesti diselesaikan segera melalui penyegaran sistem sumber manusia parti dengan membuat penarafan piawaian ahli yang ada dalam PAS daripada pelbagai latar belakang kepada piawaian yang dipersetujui dan jangan biarkan pihak tertentu yang memandai-mandai menarafkan kelayakan hanya berbekalkan status semata-mata.

Inilah yang akan berlaku apabila pengurusan parti tidak ada strategi sumber manusia parti yang melihat segenap aspek perkiraan bagi melahirkan kelayakan kepimpinan yang terbuka untuk semua.

Apa yang disaksikan hari ini adalah dinamika sebuah parti politik dan sebagai parti politik Islam keunikannya membentuk evolusi perkembangannya menarik untuk diberi perhatian.

Nama Islam pada parti politik tidak menjamin ia suci dari kerenah manusia yang menggerakkan parti Islam. Apa yang perlu ada ialah kemahiran menguruskan dinamika ini kerana ia akan memberi peluang yang cerah kepada perubahan yang amat diperlukan oleh PAS hari ini jika ia mahu kekal relevan.

Mengurus konflik dan krisis tidak memerlukan ulama atau tidak, ia memerlukan seseorang yang mampu melihat secara positif bahawa dalam krisis dan konflik ada peluang untuk penyegaran baru bagi Pas melonjak ke hadapan, sudahkah kita yang cintakan pada perjuangan ini memikirkannya? – 17 September, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

Isnin, 16 September 2013

The Malaysian Insider :: Food

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Food


Help your kids ace their tests with a salmon dinner

Posted: 16 Sep 2013 08:30 PM PDT

September 17, 2013
Latest Update: September 17, 2013 11:34 am

Want to help your kids improve their performance at school? Serve them a dinner of grilled tuna or salmon teriyaki, suggests a new study out of Oxford University.

After taking blood samples from nearly 500 children between the ages of seven and nine, scientists found that levels of omega-3 fatty acids "significantly predicted" their ability to concentrate, and learn.

Published in the journal PLOS One and presented at a conference in London last week, the study found that higher levels of omega-3, particularly the long-chain form of Docosahexaenoic acid (DHA), were associated with better reading and memory and fewer behavioural problems among the children examined.

Omega-3 fatty acids have been shown to play an important role in the brain's structure and cognitive function, in addition to heart health and the immune system. Dietary sources of omega-3 include fatty fish such as sardines, mackerel, salmon and tuna as well as flaxseed oil and walnuts.

Blood samples of the 493 schoolchildren showed, meanwhile, that British children fall below the minimum recommended intake of the brain boosting nutrient: on average, the total levels of omega-3 fatty acids (both DHA and its cousin Eicosapentaenoic acid or EPA), averaged 2.45%. The minimum level of omega-3 fatty acids recommended to maintain heart health is 4% in adults.

Scientists also found that nine out of ten children in the sample ate fish less than twice a week, and nearly one in ten never ate fish at all, according to dietary information obtained from the parents. Recommended weekly intake is a minimum of two fish portions a week.

"[T]his study suggests that many, if not most UK children, probably aren't getting enough of the long-chain omega-3 we all need for a healthy brain, heart and immune system," said study co-author Alex Richardson.

"That gives serious cause for concern because we found that lower blood DHA was linked with poorer behaviour and learning in these children."

Another study published last year in the print issue of Neurology likewise found that a diet lacking in omega-3 fatty acids may be linked to shrinking brains in older people, causing the brain to age faster and weakening important cognitive functions such as visual memory, problem solving, multi-tasking and abstract thinking. - AFP Relaxnews, September 17, 2013.

Gordon Ramsay opens Union Street Cafe in London - minus David Beckham

Posted: 16 Sep 2013 06:04 PM PDT

September 17, 2013
Latest Update: September 17, 2013 09:11 am

One of London's most hotly anticipated restaurants has opened, minus one of the main players who was supposed to lend the eatery a double hit of star power. On the eve of the Union Street Cafe's opening, David Beckham pulled out of what was supposed to be a joint venture with his BFF chef Gordon Ramsay.

Union Street Cafe opened its doors Monday after months of fanfare, generated in large part to news that the project would be a joint venture with the soccer star.

But according to the Mirror, Beckham decided to pull out in the eleventh hour after lengthy discussions with pal Ramsay, and concluding that they "wanted different things."

Photos of the Southwark restaurant, meanwhile, show an eatery set within an industrial warehouse, complete with overhead heating pipes, exposed concrete pillars and scrubbed brick-lined walls.

The menu features Mediterranean-inspired fare that changes daily, prepared in an open kitchen by head chef Davide Degiovanni.

Sample dishes include polpo or octopus with braised borlotti and spicy Calabrian sausage for £15 (RM78.48); saltimbocca di vitello, Marsala and fried zucchini for £18 (RM94.15); and tagliolini, rabbit and taggiasche olives for £13(RM68.01).

According to Ramsay's Twitter feed, the restaurant has already received reservations for 10,887 covers, and the earliest dinner booking that can be made on the site is in eight weeks, as of opening day.

"So excited @unionstreetcafe opens TODAY and we've now booked 10,887 covers! Amazing!!" he tweeted Monday.

Meanwhile, Beckham fans need not mourn the loss altogether as the underwear model is also plotting to open a chain of pie and mash shops, one of his favorite foods. - AFP Relaxnews, September 17, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

The Malaysian Insider :: Sports

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Sports


We can sink Bale and company, says Galatasaray striker Drogba

Posted: 16 Sep 2013 08:50 AM PDT

September 16, 2013

Galatasaray have made a mediocre start to the season but striker Didier Drogba believes they can repeat April's victory over Real Madrid in tomorrow's Champions League Group B opener.

Although his team have begun the Turkish championship with three draws and one win from four games, the former Chelsea player is convinced Galatasaray can upset Gareth Bale, Cristiano Ronaldo and company.

"It's a new season and we know we can beat them again," Drogba told a news conference today.

"The best thing to do is play good football and give 100 per cent to win. Once again we are going to face the top clubs of Europe this season and I think we have a good chance to qualify (for the knockout stages)."

Galatasaray went out 5-3 on aggregate despite beating Real 3-2 in their quarter-final second leg in Istanbul five months ago.

"No team comes to Istanbul comfortably. We believe we can challenge any team," said coach Fatih Terim.

Real, seeking their 10th European crown, signed Bale for a world record fee earlier this month and it will be tough for Galatasaray to keep the Wales winger and dynamic Portugal forward Ronaldo quiet.

"The Real Madrid team consist of stars of incredible quality in every position. They have made important transfers but they had one of the best teams in the world anyway," Terim said.

Terim, now in his third spell at the club, was behind Galatasaray's 2000 UEFA Cup title triumph and led Turkey to the semi-finals of Euro 2008.

He has taken on an extra burden this season, assuming a temporary role as coach of the national team in their uphill battle to qualify for next year's World Cup. – Reuters, September 16, 2013.

Man City must not take Plzen lightly, says Pellegrini

Posted: 16 Sep 2013 07:51 AM PDT

September 16, 2013

Big-spending Manchester City must not underestimate little-known Czech opponents Viktoria Plzen in tomorrow's Champions League opener, said manager Manuel Pellegrini.

The Chilean, who led debutants Malaga to the quarter-finals earlier this year, is in his first campaign at the Etihad Stadium and wants to improve on last season's performance by City who failed to reach the knockout stages.

"It would be a big mistake to think that playing a team with less history in Europe would be easier to play," Pellegrini told the club's website (www.mcfc.co.uk) on the eve of the Group D fixture against the Czech league winners in Plzen.

"Last season when the draw took place AC Milan and Zenit St Petersburg were happy to be drawn against Malaga and they felt they'd already qualified for the next round."

Pellegrini, who also led Villarreal to the semi-finals in 2006, was given some words of advice by former Manchester City manager Mark Hughes at the weekend.

Hughes, now in charge of Stoke City, said if his old club failed to progress in Europe it would be a "stick that people can use to hit them over the head with".

The other teams in Manchester City's group are holders Bayern Munich and CSKA Moscow.

"This is my fifth year in the Champions League and I am very happy about my last campaigns," said Pellegrini.

"It is not easy to reach the semi-finals with a team like Villarreal, or to make it to a quarter-final." – Reuters, September 16, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

The Malaysian Insider :: Features

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Features


Dark side of the mooncakes: China’s war of graft hits high-end pastries

Posted: 15 Sep 2013 06:26 PM PDT

September 16, 2013
Latest Update: September 16, 2013 05:26 pm

An anti-corruption drive by President Xi Jinping has left the pricier mooncakes languishing on the shelves. – Reuters pic, September 16, 2013.An anti-corruption drive by President Xi Jinping has left the pricier mooncakes languishing on the shelves. – Reuters pic, September 16, 2013.Gold-encrusted mooncakes stuffed with shark's fin are out of favour ahead of this week's mid-autumn festival in China after a crackdown on corruption killed off demand for such lavish pastries – long used as a way to bribe officials.

With more calories than a Big Mac, mooncakes are given as gifts to family, friends and employees during China's Mid-Autumn Festival, which falls on September 19 this year.

In recent years lavish varieties have popped up with jewellery-box style packaging, allowing cash, liquor or other goodies to be hidden in with the pastries.

But an anti-corruption drive by President Xi Jinping has left the pricier treats languishing on the shelves, shopkeepers and analysts said, even as sales of more traditional lotus seed- and sesame paste-stuffed varieties were unhurt.

"What has taken a deep dive is the high-end mooncakes more typically associated with corruption," said Shaun Rein, managing director of China Market Research Group.

The gilded age of mooncakes was last year, when pastries stuffed with gold flakes, shark's fin and abalone made headlines. In rural Shanxi province, gold-filled variations sold for more than US$1,000, local newspapers reported.

Mid-sized China Merchants Bank Co Ltd marketed mooncakes made of solid gold and silver, state media said.

A spokesperson at the bank's headquarters in Shenzhen could not be reached for comment but a manager at a branch in Beijing said she was not aware of any gold or silver cakes being sold this year.

"It's normal to exchange gifts but too much reciprocity has become a form of extravagance," the People's Daily, mouthpiece of the ruling Communist Party, wrote in a commentary last month about the holiday.

Excesses in past years had even prompted the government to ask officials and workers to pay income tax on mooncakes they received.

"(This year) some government officials are less willing to accept a lavish or high-priced box of mooncakes, or in some cases, any mooncakes at all," said Eric Carlson, a Beijing-based partner at law firm Covington & Burling and an anti-corruption expert.

Carlson said he had heard that some government agencies had told mailroom staff to filter out mooncake packages before delivery.

The Communist Party's Central Commission for Discipline Inspection on Friday urged people to report cases of party members and government or state-owned enterprise officials spending public funds on gifts, banquets, travel and luxury goods during the Mid-Autumn Festival and the National Day holiday, which falls in early October.

While China regularly announces anti-corruption campaigns, this one appears to have more bite than usual, although experts say only deep and difficult political reforms will make a real difference.

Conspicuous consumption

"Political developments this year have had a definite impact on sales of high-end mooncakes," said Qian Qiliang, who has run a state-owned mooncake factory in Shanghai for two decades, adding sales had fallen 20%.

Qian said he adjusted his production goals when he heard about the crackdown, predicting demand for pricier pastries would fall. Demand for lower-cost cakes with traditional fillings had risen by 20%, he said.

Luxury hotels said the most expensive mooncake sets they sell, often in lacquered or decorated boxes, were not doing well.

A spokeswoman for China World Hotel, owned by Shangri-La Group , declined to discuss sales because "frankly it's not a very positive topic". She declined to give her name.

The Sofitel Wanda Hotel in Beijing, owned by Dalian Wanda Group Co Ltd and operated by Accor, said corporate customers were more likely to go for mid-range packages.

"The atmosphere is more difficult and tough for selling mooncakes this year," said Cedric Besler, the hotel's manager.

Rein said private companies were also cutting back on conspicuous mooncake consumption because they did not want to be seen as being ostentatious.

"Every day there's another executive being hauled off and put in jail," he said. "There's a fear among both officials and businessmen right now. No one wants to be caught giving bribes."

Mooncake coupons hit too

The crackdown on luxury mooncakes has also hurt a blackmarket for mooncake coupons.

For convenience, workplaces often give employees coupons for expensive mooncakes in lieu of the cakes themselves. Those who dislike mooncakes sometimes sell the coupons to traders who hang out outside hotels and shopping centres.

Those who do like mooncakes buy coupons at a discount from traders. Manufacturers sometimes also buy back coupons from traders in large batches.

"Most mooncakes are God awful," Rein said. "People are scared of eating them because everyone knows how bad they are, and they could be years old if people keep re-gifting them."

A Shanghai based-coupon trader surnamed Xiong, who has been working the sidewalk opposite a Shanghai branch of the Hang Fa Lau dessert shop for a decade, said the windfall he counts on had declined from up to 2,000 yuan a day to just a few hundred yuan.

"There's nothing I can do," said Xiong, who spends the rest of the year hawking cigarettes.

Another trader, surnamed Pan, said profits were down 60% from a year earlier.

"When Xi says something like this, the people he hurts are the ordinary folk," Xiong said. – Reuters, September 16, 2013.

Security tech firms hit jackpot in Asia casino boom

Posted: 15 Sep 2013 05:50 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Asia's new mega-casinos are driving sales and innovation in advanced surveillance technology, from chips with built-in radio transmitters to high-definition, multi-lens, digital cameras that can scan huge gaming floors and catch the deftest sleight of hand. Security solution providers such as German-Australian joint venture Dallmeier...
    


Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

The Malaysian Insider :: Opinion

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Najib, ini caranya nak guna konsultan mahal

Posted: 15 Sep 2013 06:02 PM PDT

September 16, 2013
Latest Update: September 16, 2013 09:23 am

Penulis adalah seorang jurutera semikonduktor, wartawan freelance, penerbit dan editor buku motivasi yang suka mengikuti perkembangan politik Malaysia

Menggunakan konsultan yang mahal-mahal, nampak senang tetapi sebenarnya susah.

Pertama, mereka dilantik kerana mereka bijak dan orang yang menggaji mereka kurang bijak.

Kedua, mereka dianggap lebih mengetahui dan orang yang membayar mereka kurang mengetahui.

Ketiga, setiap idea mereka mempunyai kelebihan (advantage) untuk dilihat sebagai perkara baru yang menakjubkan kerana orang yang mengorek poket untuk membayar mereka kurang pengalaman pada perkara yang mereka ingin dikonsultasikan.

Keempat, konsultan mahal pandai menyerang kelemahan pelanggannya yang paling utama ialah "kemalasan", dengan menawarkan solusi penuh (total solution) melebihi apa yang diperlukan.

Kelima, para konsultan juga mempunyai ramai sahabat yang akan melobi meyakinkan pelanggan bahawa solusi yang dibawa mereka adalah yang terbaik.

Jika seseorang ingin menggunakan khidmat konsultan mahal, syarat pertama ialah seseorang itu harus membuat kajiannya sendiri secara mendalam dahulu mengenai subjek yang ingin dikonsultasikan.

Syarat kedua ialah seseorang itu harus juga rajin membuat kajian terhadap cadangan solusi yang dikemukakan oleh para konsultan untuk memastikan bahawa cadangan tersebut betul-betul unik.

Pengalaman saya di bidang elektronik telah membuka mata saya bagaimana teknologi lapuk di negara lain telah dibawa masuk dan dijelmakan sebagai teknologi yang baru untuk dijualkan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia.

Kerana jahil dengan teknologi, ramai yang menganggapnya baru kerana nama teknologi itu diubah dan pakejnya diMalaysiakan.

Kerajinan dan kemahiran menggunakan khidmat Google adalah syarat minima untuk mengesan perkara-perkara seperti ini.

Malangnya, kedua-dua kemahiran ini jelas tiada pada pasukan penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kalau tidak, bagaimana cadangan tema "Endless Possibilities" ini boleh diberikan kelulusan oleh pasukan Najib walaupun kini sudah ditangguhkan. Begitu juga konsep 1Malaysia.

Jika pasukan Najib rajin meng'google' cadangan-cadangan dari para konsultan terlebih dahulu, sudah tentu mereka akan menjumpai apa yang dijumpai pembangkang, di mana kedua-dua konsep ini pernah digunakan di negara Israel.

Konsep 1Israel telah digunakan semenjak 1980 dan "Endless Possibilities" pula digunakan sebagai tema di Kementerian Pelancongan Israel.

Ini bukan satu kebetulan pada pendapat saya. Ini semuanya adalah hasil kebijaksanaan konsultan-konsultan mahal yang amat memahami hakikat bahawa passport orang Malaysia tidak boleh memasuki Israel.

Bagi mereka, adalah agak sukar untuk orang Malaysia mengesan bahawa perkara yang sama sudah dipakai di negara yang tidak boleh dimasuki mereka.

Jadi, mereka sanggup mengambil risiko untuk mengemukakan idea lapuk dalam bekas yang baru kerana mereka yakin dapat mengeksplotasikan hakikat hubungan diplomasi Malaysia dan Israel dan juga kelemahan pasukan penasihat Najib.

Disebabkan kemalasan dan kurang mahir menggunakan Google, cadangan konsultan-konsultan mahal akhirnya diterima bulat-bulat oleh Najib.

Konsep 1Malaysia terlepas masuk pada 2009 dan selepas didedahkan 1Israel, Najib terpaksa mempertahankan konsep 1Malaysia habis-habisan adalah idea tulen ciptaannya sendiri.

Para konsultan mahal pula membisu sambil berpesta dengan untung berjuta-juta. Sudah tentu, mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kesan daripada idea tersebut kerana Najib sudahpun mengaku bahawa idea 1Malaysia itu adalah hasil ilhamnya sendiri.

Kini "Endless Possibilities" pula hampir berjaya dijadikan tema. Nasib baik adanya portal seperti The Malaysian Insider yang membongkar hasrat Najib untuk menggunakan konsep tersebut terlebih dahulu.

Kalau tidak, manalah rakyat dan pembangkang Malaysia dapat mengutuk sambil menyelamatkan Najib daripada menggunakan konsep yang sama yang telah digunakan oleh kerajaan Mongolia dan juga Kementerian Pelancongan Israel.

Bayangkan apa yang berlaku, jika tema itu digunakan terlebih dahulu sebelum terbongkar bahawa perkara yang sama digunakan oleh Kementerian Pelancongan Israel.

Apakah masa itu, Najib hendak mengaku "Endless Possibilities" ini idea tulennya lagi?

Jika pasukan penasihat Najib rajin dan mahir Google sedikit, sudah tentu perkara-perkara ini boleh dielakkan.

Pendek kata, wahai Perdana Menteriku, tolonglah pastikan para penasihatmu jangan malas, dan mahirlah ber"Google" jika ingin menggunakan khidmat konsultan yang mahal-mahal.

Jika tidak, apa yang dibeli menggunakan duit rakyat Malaysia hanyalah bahan lama yang dijelmakan dalam bekas baru oleh khidmat konsultan yang mahal-mahal – yang akhirnya hanya memudaratkan karier politik Datuk Seri. Sekadar satu teguran tulus ikhlas daripada seorang rakyatmu. – 16 September, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Tahalluf: Biar muktamar yang putuskan

Posted: 15 Sep 2013 05:54 PM PDT

September 16, 2013
Latest Update: September 16, 2013 04:54 pm

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

Tahalluf:  Biar muktamar yang putuskan

Seingat saya, sudah dua kali Muktamar PAS meluluskan ketetapan untuk memperkasa Tahalluf-Siasi yang membawa PAS menyertai Pakatan Rakyat. Iaitu Muktamar PAS di Perak beberapa tahun lalu dan yang terakhir Muktamar PAS di Kota Baru.

Suatu masa dulu, apabila timbul isu supaya PAS bergabung atau bekerjasama dengan Umno ekoran masalah kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, lalu Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas membincangkan isu tersebut, tetapi cadangan Tuan Guru itu dipinda dengan mengadakan Persidangan Khas di Taman Melewar.

Persidangan itu membincangkan isu tersebut dan keputusannya ialah juga memperkasa Tahalluf Siasi dengan parti dalam komponan Pakatan Rakyat. Isu ini reda untuk beberapa ketika, namun kocakan dalaman PAS masih terasa, hinggalah menjelang dan sesudah PRU yang lalu, di mana isu ini timbul kembali dengan hangatnya. Lebih-lebih lagi menjelang Muktamar PAS Novembar akan datang.

Sudah tentu ia memberi gambaran seolah-olah dua keputusan Muktamar PAS di Ipoh dan di Kota Baru serta Sidang Khas di Taman Melewar itu sudah tidak relevan lagi, atau ia tidak boleh lagi diperkasakan.

Cadangan yang  dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib di Multaqa Ulama SeMalaysia di Alor Star baru-baru ini agar PAS mengkaji semula Tahalluf-Siasi atau hubungannya dengan PKR menyerlahkan bahawa ada kalangan di dalam PAS benar-benar sudah merasakan tidak lagi selesa bekerjasama dengan PKR. Tidak diketahui bagaimana kedudukannya dengan DAP, salah satu parti dalam komponan Pakatan Rakyat.

Seperti kata penulis dalam The Malaysian Insider, ini adalah kemuncak dari perbezaan pendapat dalam PAS. Secara diam-diam ia telah berlaku dalam PAS sejak menjelang pilihan raya umum ke-13. Namun ketika itu ia tidak jelas sejauh manakah isu itu akan pergi. Tetapi cadangan Datuk Harun hari ini menunjukkan kemanakah sebenarnya sasaran segala apa yang berlaku dalam PAS itu.

Pada pendapat saya, perbezaan pendapat yang tajam ini sudah lama berlaku di dalam PAS hingga lahirlah gelaran Kumpulan Erdogan (nama Perdana Menteri Turki yang bersikap terbuka dan sederhana) dirujuk kepada golongan profesional yang berbeza pendapat dengan golongan ulama.

Nasharudin Mat Isa sebelum dikeluarkan dari Majlis Syura ulama berulang kali mendesak agar PAS mengkaji balik kedudukannya dalam Pakatan Rakyat dan kini jelas apa yang  dinyatakan oleh Nasharudinsejak sekian lama itu telah dinyatakan secara rasmi oleh Ketua Dewan Ulama PAS.

Oleh yang demikian sudah pastilah Muktamar PAS ke-59, 22  hingga 24 November ini di Shah Alam akan menjadi medan sebenar perbezaan pendapat ini.

Pada pendapat saya, isu Tahalluf-Siasi yang tajam ini memang wajar dibawa dalam muktamar tersebut. Ini untuk memberi kesempatan seluas-luasnya kepada para perwakilan membahaskan isu ini dan seterusnya perwakilan akan mengambil keputusan muktamat sama ada PAS masih mahu meneruskan Tahalluf-Siasi atau sebaliknya.

Perwakilan mempunyai masa yang cukup hingga menjelang muktamar untuk membuat persediaan secukupnya  mengumpul fakta dan berhujah secara matang, dan tentunya bukan emosi, sama ada PAS hendak terus dengan Tahalluf-Siasi atau menarik diri dari Pakatan itu. Pemerhati politik dalam dan luar negara sudah tentu memerhatikan keputusan ini, justru keputusan yang vital ini akan menentukan masa depan Pakatan Rakyat, malah PAS sendiri.

Benar, penyertaan PAS melalui Tahalluf-Siasi hanyalah sebuah ijtihad politik secara jamaie, oleh itu ia boleh diteruskan atau sebaliknya, bergantung kepada keperluan, keadaan dan iklim politik semasa. Kerana itu, apakah benar suasana sekarang, terutama berasaskan keputusan PRU yang lalu, boleh mewajarkan PAS menarik diri dari Tahalluf-Siasi dan membatalkan ijtihad tersebut.

Maka itu, jika ada perwakilan yang akan membawa usul supaya PAS menarik diri dari Tahalluf-Siasi, ia hendaklah menyertakan fakta yang sejelas-sejalsnya mengapa ia membawa usul itu.

Umpamanya, berdasarkan keputusan PRU yang lalu, adakah benar pengundi Melayu sangat sedikit memberikan sokongan kepada calon PAS disebabkan faktor PKR dan seumpamanya - sebutkan negeri dan kawasan, serta peratusannya. Demikian juga, mungkin disebabkan faktor "bersahabat" dengan PKR menyebabkan pengundi Melayu lari dari PAS.

Oleh itu, semua pihak mahu mengetahui data terperinci yang menyokong usul supaya PAS menarik diri dari Tahalluf-Siasi itu.

Tidaklah wajar jika ia hanya dibuat berdasarkan andaian atau  hearsay saja. Zaman kini masyarakat memerlukan bukti.

Dalam keadaan begini, ternyata PAS benar-benar berada di persimpangan jalan, sama ada akan meneruskan Tahalluf-Siasi dengan komponan parti lain dalam Pakatan Rakyat atau PAS akan bersendirian bertarung di medan politik di masa depan terutamanya ketika berdepan dengan Umno/BN yang rasis. Iaitu dalam usaha PAS untuk menawan sebanyak-banyaknya pengundi Melayu dalam PRU akan datang, di mana dalam PRU yang lalu, dikatakan pengundi Melayu tidak menyokong PAS atas sebab yang disebutkan di atas tadi.

Berikutan itu, para perwakilan akan memilih saf pimpinan PAS akan datang, sama ada dari kalangan yang mahukan PAS keluar dari Tahalluf-Siasi atau mahu kekal di dalamanya. Siapakah saf pimpinan akan datang yang masih bersedia meneruskan Tahalluf-Siasi, atau siapakah saf pimpinan yang mahu PAS menempoh gelombang politik masa depan secara bersendirian dan yakin dengan cara itu akan mencapai kemenangan? Perwakilan nampaknya hanya ada satu pilihan.

Perwakilan diperlukan membuat pilihan yang tepat dan ini sangat crucial bagi PAS dalam usahanya untuk meneruskan kelangsungannya dalam hayat politik negara, sungguhpun sifatnya sebagai sebuah gerakan Islam tidak akan tergugat.

Keputusan Muktamar ini nanti sifatnya muktamad dan kita yakin ia dijalankan secara demokratik.

Selepas ini, saya kira, tidak akan timbul lagi isu-isu "tidak selesa" dalam Pakatan, justru muktamirin telah membuat keputusan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Keputusan Muktamar PAS kali ini hendaknya akan menyelesaikan masalah ini secara tuntas, settle once for all, justru ia adalah keputusan muktamar dan hendaknya diterima oleh setiap orang kerana ia diperoleh secara demokratik dan tentunya mengakhiri segala perbezaan pendapat mengenai hal ini dalam PAS selama ini.

Dengan adanya peraturan baru pemilihan pucuk pimpinan muktamar akan datang ini, kita yakin ia akan berjalan dengan lancar. - 16 September, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

The Malaysian Insider :: Bahasa

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PKR: Khairy “bising” kerana tergugat dalam pemilihan Umno

Posted: 16 Sep 2013 02:17 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
September 16, 2013
Latest Update: September 16, 2013 05:27 pm

Kritikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap kenyataan Naib Pengerusi PKR N. Surendran hanyalah satu retorik bagi mengekalkan kuasanya dalam Umno setelah jawatannya bakal dicabar dalam pemilihan parti Melayu itu kali ini, kata Latheefa Koya (gambar).

Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Hak Asasi Manusia PKR itu, tiada kerajaan dalam mana-mana negara boleh menghina Perlembagaan sewenang-wenangnya dan atas dasar itulah N. Surendran mengkritik Datuk Seri Najib Razak kerana memberi tafsiran yang salah kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Artikel 153 bukanlah jalan pintas kepada kerajaan menjalankan polisi diskriminasi seperti mengagihkan pegangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kontrak dan segala bentuk yang terdorong kepada kaum Melayu sahaja.

"Peruntukan berkenaan jelas menyatakan hak dan kepentingan kaum lain mesti dilindungi kerana Artikel 153 hanya mengehadkan peluang dalam perjawatan awam, biasiswa, pendidikan dan lesen operasi perdagangan kepada kaum Bumiputera tetapi peruntukan ini tidak harus dimonopoli oleh kelas pertengahan dan golongan Melayu kelas atasan.

"Peruntukan dalam Artikel 153(4) hingga (9) jelas menyatakan keistimewaaan itu mesti diberi secara berpatutan dan tidak mengabaikan kaum lain. Pengumuman Najib memberi bantuan kewangan, sokongan GLC dan perumahan jelas satu polisi diskriminasi kerana diberikan atas sokongan golongan tersebut kepada Barisan Nasional (BN) yang jelas tidak belandas perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan Khairy menyelar Surendran seolah-olah tidak mahu mengiktiraf kewujudan agensi di bawah kerajaan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

"Kenyataannya keterlaluan. Dia seolah-olah tidak membenarkan kewujudan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Saya kesal dengan tindakannya itu apatah lagi sebagai naib presiden parti.

"Jika begini sikap pemimpin PKR, tidak mustahil jika mereka berpeluang memerintah negara ini pasti agensi yang mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera dihapuskan demi kononnya mahu menyamaratakan dengan kaum lain," katanya.

Surendran dalam kenyataannya mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan Bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan asasi rakyat.

Khairy turut mempersoalkan adakah kenyataan Surendran itu merupakan kenyataan rasmi parti atau peribadi.

Katanya, sekiranya kenyataan itu adalah daripada PKR, Khairy mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan kenyataan Surendran itu sebagai kenyataan rasmi tetapi jika tidak maka Anwar digesa menasihati Surendran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, Surendran sewajarnya tidak membuat kenyataan seperti itu kerana menjadikan rakyat melihat pemimpin PKR yang juga seorang peguam tidak memahami Perlembagaan Persekutuan. – 16 September, 2013.

Ketua Polis Negara: Chin Peng bukan warganegara Malaysia

Posted: 16 Sep 2013 01:20 AM PDT

OLEH LEE SHI-IAN
September 16, 2013
Latest Update: September 16, 2013 04:22 pm

Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng bukan warganegara Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar).

Menurut Khalid, beliau percaya pemimpin Komunis itu akan lebih gembira jika dikebumikan di Thailand.

"Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Chin Peng, yang juga bekas Setiausaha Agung PKM meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.

Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. - 16 September, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com
 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved